Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
lokasi nahas jrtb
Kredit: Bernama

Lokasi Nahas Di JRTB Antara Dikenal Pasti Bagi Kerja Naik Taraf Tahun Ini – Nanta

Azizah Najib

Lokasi Nahas Di JRTB Antara Dikenal Pasti Bagi Kerja Naik Taraf Tahun Ini – Nanta

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam, antara seksyen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang telah dikenal pasti bagi kerja naik taraf pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelbagai inisiatif juga telah diambil sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 itu.

Beliau berkata pada Jun 2023, peruntukan sebanyak RM30 juta diluluskan untuk membina semula sebahagian laluan di JRTB, dan dua bulan selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta untuk menaik taraf laluan itu.

“Peruntukan ini telah digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di beberapa seksyen kritikal FT04,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk menurap semula jalan serta pembaikan kemudahan, jambatan, lampu jalan dan lampu isyarat di kedua-dua arah laluan.

BACA: Jenis Penghadang Jalan Digunakan Di Luar Negara

Nanta berkata semua kerja naik taraf di di FT04 disiapkan secara berperingkat antara Julai hingga Ogos 2023 melibatkan kos RM55.73 juta berdasarkan tahap kerosakan jalan yang dinilai melalui ‘Pavement Condition Assessment (PCA)’.

Pada 2024 pula, sejumlah RM7.2 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai kerja pembaikan di beberapa seksyen lain di laluan itu.

Nanta berkata walaupun siasatan polis terhadap insiden itu masih dilaksanakan, beliau telah menerima pelbagai reaksi berkaitan kondisi laluan jalan raya itu seperti yang tular di pelbagai platform media sosial.

“Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kementerian akan memberikan komitmen penuh dalam memastikan infrastruktur jalan raya adalah selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, perlu saya tekankan keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua, termasuklah pengguna jalan raya,” katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Zamri Mat Kasim pula berkata projek pemasangan 385 unit lampu jalan solar di JRTB termasuk di lokasi nahas telah melalui proses tender sejak dua bulan lepas.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata proses itu kini di peringkat akhir sebelum pelantikan kontraktor dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Zamri berkata JKR juga telah menghantar penghadang sementara bagi menggantikan penghadang jalan yang rosak akibat nahas itu dan sebarang pembaikan kekal akan dilakukan selepas siasatan selesai.

Beliau berkata walaupun jalan itu agak gelap kerana tiada sambungan bekalan elektrik, keadaan permukaan serta perabot jalan seperti garisan chevron dan papan tanda lain berada dalam keadaan baik.

“Kawasan itu terdapat chevron iaitu papan tanda memaparkan anak panah yang menjadi amaran atau pemberitahuan terdapat lencongan ke kiri atau ke kanan di jalan raya tersebut,” katanya.

Zamri juga berkata pihaknya sedang menunggu laporan forensik penuh daripada polis dan ibu pejabat JKR Kuala Lumpur sebelum sebarang tindakan lanjut termasuk tuntutan insurans terhadap syarikat bas akan dilakukan sekiranya terbukti berlaku kecuaian.

Sumber: BERNAMA