Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
nahas air india
Gambar: AFP

Nahas Air India: Satu-satunya Mangsa Terselamat Imbas Detik Cemas

Hannah

Nahas Air India: Satu-satunya Mangsa Terselamat Imbas Detik Cemas

Dalam tragedi yang menyayat hati, seorang lelaki warga Britain menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Air India di Ahmedabad, India.

Vishwash Kumar Ramesh, 40, masih tidak percaya beliau mampu keluar dengan selamat dari serpihan pesawat yang terbakar selepas terhempas ke sebuah asrama doktor di kawasan perumahan, hanya beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu, yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom, membawa 242 individu termasuk 229 penumpang dan 13 anak kapal.

Penumpang terdiri daripada 169 warganegara India, 53 rakyat Britain, tujuh warga Portugal dan seorang rakyat Kanada.

Menurut Pegawai Kanan Polis Ahmedabad, Vidhi Chaudhary, Vishwash duduk di tempat duduk 11A yang terletak berhampiran pintu kecemasan.

Ketika pesawat menjunam, beliau sempat membuka pintu kecemasan dan melompat keluar untuk menyelamatkan diri.

“Saya ingat saya akan mati. Tapi apabila saya buka mata, saya terus tarik tali pinggang di bawah tempat duduk dan cuba untuk keluar. Akhirnya saya berjaya,” katanya dari katil hospital kepada media tempatan DD India.

Panggilan terakhir sebelum nahas

Sementara itu, abangnya yang berada di Leicester, United Kingdom, menceritakan bahawa ayah mereka sempat bercakap dengan Vishwash menerusi telefon sebelum pesawat berlepas.

“Dia cakap ‘kami akan berlepas sekejap lagi’. Dua minit kemudian, ayah kami terima panggilan video daripada Vishwash yang memberitahu pesawat telah terhempas dan dia terselamat,” kata Nayan, 27.

Isyarat bahaya sebelum terhempas

Menceritakan detik sebelum nahas, Vishwash berkata pesawat kelihatan seperti tersekat dan bergelut untuk terbang hanya dalam jarak satu batu selepas berlepas.

“Ada cahaya menyala, seperti hijau dan putih, di dalam pesawat. Saya rasa juruterbang cuba memaksa pesawat ke hadapan, tetapi ia bergelut… dan terus terbang ke arah bangunan,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau bernasib baik kerana berada di bahagian pesawat yang tidak menghentam asrama.

“Apabila pintu pesawat pecah, saya nampak peluang untuk keluar. Pintu itu terbuka dan saya terus lari,” tambahnya.

Vishwash turut memberitahu bahawa abangnya, Ajay, turut menaiki pesawat tersebut tetapi duduk di barisan lain.

“Dia bersama saya dalam penerbangan ini, tapi sekarang saya tak jumpa dia. Tolong bantu saya cari dia,” katanya penuh sebak kepada Hindustan Times.

“Mayat di sekeliling saya”

Vishwash menggambarkan suasana mengerikan sejurus dia tersedar dari hentakan kuat.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Bila saya bangun, ada mayat di sekeliling saya. Saya sangat takut. Saya berdiri dan terus berlari. Serpihan pesawat ada di mana-mana. Tiba-tiba seseorang tarik saya dan bawa saya naik ambulans ke hospital,” katanya.

Menurut doktor yang merawatnya, Vishwash mengalami pelbagai kecederaan namun kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi dalam bahaya.

Dalam pada itu, Vishwash turut menerima kunjungan Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang datang menziarahinya di hospital.

Air India mengesahkan bahawa seramai 228 penumpang dan 13 anak kapal telah terkorban dalam tragedi itu.

BACA: Detik-Detik Pesawat Air India Terhempas

BACA: Pesawat Air India Terhempas: 5 Pelajar Di Asrama Kolej Perubatan Maut

BACA: Nahas Air India: Swafoto Terakhir Lima Sekeluarga Buat Ramai Sayu

Sumber: Sky News