Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
malaysia iran
Gambar: Astro Awani

Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Iran, Iraq & Jordan – KLN

Hannah

Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Iran, Iraq & Jordan – KLN

Kementerian Luar Negeri (KLN) menasihatkan semua warganegara Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan susulan peningkatan ketegangan di Timur Tengah akibat konflik antara Iran dan Israel.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KLN memaklumkan bahawa ruang udara di ketiga-tiga negara berkenaan telah ditutup, sekali gus menyebabkan gangguan kepada jadual penerbangan.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia yang berada di rantau tersebut perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gangguan terhadap rancangan perjalanan masing-masing dan membuat penyesuaian sewajarnya,” jelas kenyataan tersebut.

Bagi rakyat Malaysia yang berada di Iran khususnya, KLN turut menggesa agar mereka yang sedang menetap atau berada di negara itu mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

KLN turut memberi jaminan bahawa pihaknya komited untuk terus memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara melalui pejabat perwakilan diplomatik Malaysia yang berkaitan.

Dalam pada itu, sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia digalakkan untuk segera menghubungi pejabat kedutaan Malaysia yang terdekat seperti berikut:

Maklumat Perhubungan Kedutaan Malaysia

1. Tehran, Iran: +98 21 8807 2444 / (mailto:mwtehran@kln.gov.my)

2. Baghdad, Iraq: +964 787 859 8775 / (mailto:mwbaghdad@kln.gov.my)

3. Amman, Jordan: +962 6590 2400 / (mailto:mwamman@kln.gov.my)

BACA: 78 Terbunuh, 329 Cedera Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

BACA: Pentadbiran Pezeshkian Ikrar Iran Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Israel

BACA: Iran Lancar Gelombang Kedua Serangan Ke Atas Israel

Sumber: Astro Awani