Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar – JPJ
KUALA LUMPUR — Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa Selasa ini, lapor Astro AWANI.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli hari ini.
Katanya, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020. Sementara itu, bas yang dibina sebelum tahun berkenaan akan diberikan tempoh tertentu bagi membuat pemasangan tali pinggang keledar.
“Pemandu perlu memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300,” katanya.
Tegas beliau, sekiranya pemandu gagal memberikan peringatan berkenaan kepada penumpang, bukan sahaja penumpang yang akan disaman, malah pemandu dan pemilik syarikat juga dikenakan saman.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya mencari langkah untuk mengatasi isu kenderaan berat membuang pengehad kelajuan itu supaya tindakan tegas dan undang-undang dapat diambil oleh pihak berkuasa selepas ia diwajibkan.
Ketika ini wajib bagi bas baharu yang dikeluarkan mulai 2020 dan seterusnya mempunyai tali pinggang keledar untuk semua penumpang, namun bas yang terlibat dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) semalam itu dibina pada 2013 dan tiada tali pinggang keledar.
“Walaupun wajib bagi bas baharu mempunyai tali pinggang keledar, cabarannya untuk memastikan pematuhan, sebab itu perlu laksana pematuhan mandatori kepada penumpang.
“Untuk kereta jika tidak memakai tali pinggang keledar akan mengeluarkan bunyi amaran jadi kita boleh mewajibkan pemandu bas untuk memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar atau bas tidak akan bergerak,” katanya.
MOT juga akan meneliti kemungkinan memasang kamera video “on-board” pada kenderaan berat bagi meningkatkan keselamatan walaupun ia belum diwajibkan.
Sumber: Astro AWANI