Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Trump usir musk
Gambar: AFP

Trump Pertimbang Usir Elon Musk 

Iqbal Yasir

Trump Pertimbang Usir Elon Musk

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan beliau mempertimbangkan untuk mengusir Elon Musk kerana mengkritik rang undang-undang perbelanjaan utama pentadbirannya, lapor AFP.

“Kita akan lihat dahulu,” kata Trump kepada wartawan ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk mengusir Musk.

Trump, 79, turut berkata Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang pernah diterajui Musk sebelum meletak jawatan akhir Mei lalu berkemungkinan menumpukan perhatian terhadap subsidi kerajaan yang diterima pengasas Tesla dan SpaceX itu.

“Kita mungkin perlu kerah DOGE ke atas Elon. Kamu tahu apa itu DOGE? DOGE adalah raksasa yang mungkin perlu kembali dan ‘makan’ Elon.

“Saya rasa dia tak patut bermain-main dengan saya.” katanya lagi.

Trump sebelum itu pada Isnin mendakwa Musk mengancam dan menyifatkan rang undang-undang itu ‘One Big Beautiful Bill’ kerana berang dengan pengguguran peruntukan yang menyokong industri kenderaan elektrik (EV).

“Tanpa subsidi, Musk mungkin terpaksa tutup kedai dan balik ke Afrika Selatan,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.

Untuk makluman, Musk merupakan individu terkaya di dunia yang juga penderma terbesar Trump dalam pilihan raya 2024 ketika beliau dilantik menjadi Presiden AS.

Kedua-dua pihak itu sebelum ini menjalin hubungan rapat selepas Trump kembali berkuasa pada Januari.

Namun, hubungan mereka mula retak bermula Mei apabila Musk mengkritik rang undang-undang perbelanjaan itu dan meletak jawatan dari kerajaan.

Musk turut mahu menubuhkan parti politik baharu dikenali “Parti Amerika” jika rang undang-undang itu diluluskan termasuk menuduh parti Republikan mengabaikan usahanya dalam meletakkan AS di barisan hadapan revolusi EV dan tenaga bersih.

“Saya hanya minta satu perkara jangan bankrapkan Amerika,” tulis Musk yang mendakwa Republikan disifatkan sebagai ‘Hamba Hutang’.

Sumber: AFP via France24

BACA: Trump Sahkan Perjanjian Perdagangan AS-China Dimeterai Pada Rabu

BACA: Trump Gesa Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Digugurkan Atau Beri Pengampunan