Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Piala Remaja Asia: Malaysia ‘Belasah’ Indonesia 10-0 

Hannah
malaysia belasah indonesia
Gambar: Malaysian Hockey Confederation/FB

Piala Remaja Asia: Malaysia ‘Belasah’ Indonesia 10-0

Pasukan hoki remaja lelaki negara bawah 18 tahun meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia 2025 apabila ‘belasah’ Indonesia 10-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Dazhou, China, sebentar tadi.

Gambar: Malaysian Hockey Confederation/FB

Daripada keseluruhan jaringan tersebut, enam gol diperoleh menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh dua gol masing-masing daripada Iman Faris Faizo dan Muhammad Safwan Salihe, manakala satu lagi dijaringkan oleh Rafiq Mohamad Raze.

Empat lagi gol pula hadir menerusi jaringan padang daripada Saiful Syahfy, Izz Ilhan Azrul, Hisyammudin Abdul Rani dan Ahmad Azuan Syahril.

Kemenangan besar ini menyaksikan Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan selepas mencatat dua kemenangan terdahulu apabila menewaskan tuan rumah, China 1-0 dalam aksi pembukaan, diikuti kejayaan menumpaskan Kazakhstan 4-0.

BACA: “Posting” Terbaru Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya

Sumber: Stadium Astro