Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Bumi Diramal Berputar Lebih Laju Pada Hari Ini – Saintis

Iqbal Yasir
Gambar: AFP

Bumi Diramal Berputar Lebih Laju Pada Hari Ini – Saintis

Saintis meramalkan bahawa 9 Julai (hari ini) bakal menjadi hari paling singkat dalam sejarah apabila putaran Bumi dijangka bertambah laju melebihi kadar biasa, lapor Live Science.

Menurut kajian, fenomena ini juga dijangka berlaku pada 22 Julai dan 5 Ogos 2025 di mana putaran Bumi akan menjadi antara 1.3 hingga 1.51 milisaat lebih pendek daripada tempoh normal sehari, iaitu 24 jam.

Secara umum, satu hari di Bumi mengambil masa kira-kira 86,400 saat, atau 24 jam, iaitu masa yang diperlukan Bumi untuk membuat satu putaran penuh pada paksinya.

Menurut laporan Daily Mail, fenomena itu berlaku berikutan putaran Bumi semakin pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, satu perubahan yang mula dikesan para saintis melalui jam atom sejak tahun 2020 dan 2022.

Bagaimanapun, puncanya masih belum dikenal pasti sepenuhnya.

Para saintis berpendapat bahawa fenomena ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kedudukan bulan dan matahari, perubahan medan magnetik Bumi, dan pengagihan jisim di permukaan planet.

Menurut Perkhidmatan Sistem Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa (IERS), sebarang perubahan pada waktu rasmi dunia hanya akan dibuat sekiranya perbezaan melebihi 0.9 saat, dan akan diselaraskan melalui penambahan “leap second” pada masa UTC.

Sekitar 1 hingga 2 bilion tahun lalu, Bumi diperayai hanya mengambil masa 19 jam untuk melengkap putaran sehari kerana bulan ketika itu berada lebih hampir dan memberi tarikan graviti yang lebih kuat.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saintis melaporkan variasi ketara dalam kadar putaran Bumi.

Pada tahun 2020, rekod menunjukkan Bumi berputar lebih laju daripada biasa, manakala pada 5 Julai 2024, dunia mencatatkan hari terpendek dalam sejarah moden dengan kekurangan 1.66 milisaat daripada tempoh 24 jam penuh.

Sumber: Live Science, Daily Mail

BACA: Saintis Temui Jenis Darah Baharu

BACA: Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas