Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Nurulhidayah Bertemu Qisya, Sebak Nama Sama Dengan Arwah Ibunya

Iqbal Yasir
Nurul Hidayah Bertemu Qisya
Gambar: Instagram Nurul.Zahid

Nurulhidayah Bertemu Qisya, Sebak Nama Sama Dengan Arwah Ibunya

Insiden melibatkan enam sekeluarga yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok menyentuh hati ramai pihak.

Lebih meruntun hati, tragedi itu meninggalkan anak sulung keluarga terbabit, Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, yang terpaksa melalui saat-saat genting ketika ini.

Pemergian enam sekeluarga itu turut melahirkan simpati anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Menerusi perkongsian Instagram Nurulhidayah, memaparkan dia telah bertemu dengan Putri Qisya dan sempat menyantun keadaan keluarga.

“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya” – Nurulhidayah

Seorang wanita tidak lari dengan sifat keibuan, apatah lagi melihat seorang anak kehilangan tempat berpaut.

Nurulhidayah dalam hantaran itu memperkenalkan anak sulung keluarga berkenaan sebagai anak angkatnya.

Dia menzahirkan rasa dengan keadaan Qisya selepas mengetahui arwah ibunya mirip dengan nama Nurulhidayah.

“Alhamdulillah Allah permudahkan. Semoga Qisya membesar menjadi wanita solehah yang cemerlang, berjaya dan disegani.

“Thethe sayang Qisya.

“Arwah Mama Qisya nama Nurul Hidayah.

“Thethe baru Qisya, Nurulhidayah.

“MashaaAllah. Tabarakallah,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, enam sekeluarga yang dipercayai hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kereta terjatuh di dalam sungai terbabit pada 8.38 pagi.

“Dimaklumkam sebuah kereta jenis Proton Iswara Sedan berada di dalam sungai dan terdapat enam mangsa, iaitu seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi di dalam kenderaan itu.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan dan proses pengecaman mangsa dilakukan oleh waris mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Instagram @nurul.zahid

BACA: Bumi Diramal Berputar Lebih Laju Pada Hari Ini – Saintis

BACA: Dakwa Malaysia “Claim” Budaya Pacu Jalur, Rupa-Rupanya Pemilik Akaun Rakyat Indonesia