Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwa Malaysia “Claim” Budaya Pacu Jalur, Rupa-Rupanya Pemilik Akaun Rakyat Indonesia

Iqbal Yasir
pacur jalur indonesia
Gambar: TikTok

Dakwa Malaysia “Claim” Budaya Pacu Jalur, Rupa-Rupanya Pemilik Akaun Rakyat Indonesia

Baru-baru ini tular mengenai dakwaan rakyat Malaysia mengaku bahawa tradisi perlumbaan perahu Pacu Jalur berasal dari negara ini.

Isu berkenaan menjadi perbualan hangat sehingga gabenor Kerajaan Indonesia dan beberapa tokoh lain turut campur tangan.

Tuduh Malaysia “Claim” Pacu Jalur, Rupanya Rakyat Indonesia Sendiri

Pun begitu, isu itu mengejutkan ramai pihak selepas siasatan terhadap pengguna seorang pemilik TikTok. Berdasarkan komen-komen tular yang kononnya berasal dari Malaysia rupa-rupanya berasal dari Indonesia.

Menurut perkongsian Folkative, mendedahkan bahawa individu di sebalik akaun yang membuat dakwaan tersebut bukanlah rakyat Malaysia, sebaliknya adalah akaun yang dicipta di Indonesia sendiri.

“Malangnya, akaun TikTok @siprandi mendedahkan bahawa individu di sebalik akaun yang membuat dakwaan tersebut bukanlah rakyat Malaysia, sebaliknya adalah akaun yang dicipta di Indonesia sendiri,” kata kenyataan itu.

Netizen Indonesia Malu Dengan Rakyat Sendiri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya dari negara itu meluahkan rasa kekecewaan mengenai isu berkenaan.

“Malu banget sama SDM kita sumpah, gak tau tanggapan negara tetangga kalau udah liat berita ini,” komen seorang pengguna.

“Memang kadang-kadang banyak orang Indonesia yang tak jelas suka timbulkan isu” komen seorang lagi.

“Mereka gak serendah kita. Malaysia lebih beradab lebih santun lebih sopan lebih menghormati,” luah seorang lagi.

Asal-Usul Pacu Jalur

Tradisi pacu jalur telah lama wujud di Kuantan Singingi sejak abad ke-17, sekitar tahun 1890. Tradisi ini bukan sahaja kekal hingga kini, bahkan telah mendapat pengiktirafan dan perhatian dunia.

Perkataan “jalur” berasal daripada istilah “menjulur” yang membawa maksud panjang menjulur.

Pada zaman penjajahan Belanda, pacu jalur juga pernah dianjurkan bagi memperingati ulang tahun Ratu Wilhelmina, menjadikannya sebahagian daripada festival masyarakat setempat ketika itu.

Dahulunya, pacu jalur merupakan perlumbaan perahu panjang tradisional yang diadakan sempena perayaan besar Islam. Kini, ia menjadi acara tahunan kebangsaan yang diadakan menjelang Hari Kemerdekaan Republik Indonesia.

Sebelum ia dipertandingkan secara rasmi, jalur atau perahu panjang ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai alat pengangkutan di Sungai Kuantan, termasuk untuk membawa hasil pertanian dan urusan perdagangan antara tebing sungai

Sumber: Folkative, Detik.com

BACA: Gabenor Indonesia Tampil Beri Penjelasan, Dakwaan Tradisi Lebih 100 Tahun Di “Claim” Malaysia