Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
indonesia tradisi claim malaysia
Gambar: Detik

Gabenor Indonesia Tampil Beri Penjelasan, Dakwaan Tradisi Lebih 100 Tahun Di “Claim” Malaysia

Iqbal Yasir

Gabenor Indonesia Tampil Beri Penjelasan, Dakwaan Tradisi Lebih 100 Tahun Di “Claim” Malaysia

Baru-baru ini tradisi budaya pacu jalur atau perlumbaan perahu panjang yang menjadi simbolik budaya masyarakat Kuantan Singingi, Riau, kembali menjadi perbincangan hangat apabila ia didakwa sebagai warisan budaya oleh netizen Malaysia, lapor portal berita Indonesia, Detik.

Susulan dakwaan itu, ia mencetuskan perdebatan di media sosial sejak awal minggu ini.

Gabenor Riau, Abdul Wahid dalam satu kenyataan tampil memberi penjelasan mengenai fakta sejarah pacu jalur, yang merupakan budaya asal dan berkembang di Bumi Lancang Kuning.

“Setiap budaya, orang bebas untuk membuat dakwaan kerana kita ini negara serumpun. Asimilasi budaya memang berlaku,” kata Wahid ketika dihubungi pada Isnin.

Asal-Usul Pacu Jalur

Jelasnya, tradisi pacu jalur telah lama wujud di Kuantan Singingi sejak abad ke-17, sekitar tahun 1890. Tradisi ini bukan sahaja kekal hingga kini, bahkan telah mendapat pengiktirafan dan perhatian dunia.

Dahulunya, pacu jalur merupakan perlumbaan perahu panjang tradisional yang diadakan sempena perayaan besar Islam. Kini, ia menjadi acara tahunan kebangsaan yang diadakan menjelang Hari Kemerdekaan Republik Indonesia.

Sebelum ia dipertandingkan secara rasmi, jalur atau perahu panjang ini digunakan oleh penduduk tempatan sebagai alat pengangkutan di Sungai Kuantan, termasuk untuk membawa hasil pertanian dan urusan perdagangan antara tebing sungai

Perkataan “jalur” berasal daripada istilah “menjulur” yang membawa maksud panjang menjulur.

Pada zaman penjajahan Belanda, pacu jalur juga pernah dianjurkan bagi memperingati ulang tahun Ratu Wilhelmina, menjadikannya sebahagian daripada festival masyarakat setempat ketika itu.

“Tradisi ini sudah lama, dan sekarang lihat siapa yang terus mengembangkan serta mempertahankannya? Riau, khususnya Kuantan Singingi,” tegas Wahid.

Diitiraf Sebagai Warisan Budaya

Pacu jalur bukan sekadar acara sukan rakyat, tetapi juga pentas budaya dan simbol solidariti antara kampung.

Sejak tahun 2014, ia telah diiktiraf secara rasmi sebagai Warisan Budaya Takbenda Indonesia oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi (Kemendikbudristek).

Ketua Pejabat Pelancongan Wilayah Riau, Roni Rakhmat, turut menolak dakwaan yang dibuat oleh netizen negara jiran itu.

Beliau menegaskan bahawa sejarah dan bukti turun-temurun jelas membuktikan pacu jalur berasal dari Kuantan Singingi.

“Silap besar jika orang luar buat dakwaan seperti itu. Kita ada bukti sejarah dan asal-usul budaya panjang sejak zaman nenek moyang. Pacu jalur bukan sekadar perlumbaan, ia datang dengan nilai budaya dan warisan mendalam,” tegas Roni.

Beliau menambah, status pacu jalur sebagai warisan budaya sudah cukup menjadi bukti kukuh bahawa budaya ini adalah milik sah masyarakat Riau.

Mengulas lanjut, Wahid berkata beliau tidak melihat dakwaan dari negara jiran itu sebagai ancaman, sebaliknya menyeru masyarakat agar menilai berdasarkan fakta dan realiti.

“Tidak mengapa kalau ada yang mendakwa, sebab asimilasi budaya itu memang berlaku. Tapi kalau nak tahu kebenarannya, lihat saja fakta dan realitinya, pacu jalur ada di Kuantan Singingi,” katanya.

Sumber: Detik.com

BACA: Gabenor Indonesia Akui Malu Rakyat Bergantung Keperluan Asas Dari Malaysia