Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
indonesia keperluan malaysia
Gambar: Kompas

Gabenor Indonesia Akui Malu Rakyat Bergantung Keperluan Asas Dari Malaysia

Iqbal Yasir

Gabenor Indonesia Akui Malu Rakyat Bergantung Keperluan Asas Dari Malaysia

KALIMANTAN UTARA — Gabenor Kalimantan Utara, Zainal Arifin Paliwang, meluahkan rasa kecewa dan malu terhadap kebergantungan rakyat di kawasan sempadan Indonesia-Malaysia kepada negara jiran itu untuk mendapatkan keperluan asas, susulan kekurangan infrastruktur dan akses, lapor Kompas.com.

Menurut Zainal, keadaan ini amat menyedihkan kerana penduduk di kawasan tersebut lebih bergantung keperluan asas dari Malaysia berbanding tanah air sendiri.

“Kita ini sebuah Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) tapi kita malu kerana terlalu bergantung.

“Semuanya masih datang dari Malaysia. Mereka masih rakyat Indonesia, tetapi perut mereka bergantung kepada Malaysia,” katanya dalam mesyuarat kerja bersama Komisi II DPR RI, Isnin lalu.

Zainal turut berkongsi pengalamannya terpaksa menempuh perjalanan darat selama tiga hari dua malam dari Malinau ke Krayan, walaupun hanya sejauh 60 kilometer, akibat keadaan jalan yang rosak teruk.

Malah, beliau mendedahkan terdapat banyak jambatan yang telah terputus hubungan dan memaksa penduduk membinanya semula menggunakan batang kayu bagi memastikan laluan bekalan makanan tidak terputus.

Berikutan akses yang sukar ke lokasi itu, harga barangan asas melonjak tinggi. Misalnya, harga satu beg simen di Krayan mencecah sehingga Rp900,000, hampir sama dengan harga di kawasan paling terpencil di Papua.

Difahamkan, Kerajaan Provinsi Kaltara memperuntukkan subsidi sebanyak Rp15 bilion setiap tahun bagi kos pengangkutan orang dan barang ke kawasan sempadan.

Walau bagaimanapun, bajet tersebut mungkin akan dikurangkan kerana langkah penjimatan oleh kerajaan pusat.

Dalam usaha mengatasi masalah itu, Zainal kini bekerjasama dengan pihak pemerintah Kalimantan Timur untuk membina jalan sepanjang 124 kilometer di kawasan sempadan ke pusat bekalan utama.

“Kami tidak mahu lagi sembako (barang asas) datang dari Sarawak. Kami mahu rakyat kami terima bekalan dari Samarinda. Walau malam minggu dan hari cuti, kami tetap bekerja demi kesejahteraan rakyat,” tegasnya.

Sumber: Kompas.com.

BACA: Harga Kawalan, Subsidi Telur Ayam Ditamatkan Dalam Dua Fasa, Bermula Esok

BACA: Prosiding Tuntutan Sulu Di Mahkamah Rayuan Paris 7 Julai Ini – Azalina