Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Hannah
kiblat 15 julai
Gambar: AFP

Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Solat merupakan tiang agama dan menjadi kewajipan setiap umat Islam yang telah baligh dan berakal untuk menunaikan solat fardu lima waktu setiap hari.

Sejak kecil, kita telah diajar untuk menghadap ke arah kiblat ketika solat, iaitu Kaabah yang terletak di Kota Suci Mekah.

Kebiasaannya, arah kiblat ditentukan di masjid atau di kawasan yang telah ditandakan, manakala di tempat lain, ramai yang menggunakan aplikasi khas yang boleh dimuat turun dari gedung aplikasi untuk menentukan arah kiblat.

Menariknya, fenomena Istiwa A’dzam dijangka berlaku pada 15 Julai ini (esok), di mana kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah.

Menurut infografik yang dikongsikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di Facebook, berdasarkan Almanak Falak Syarie Malaysia 2025, fenomena ini dijangka berlaku pada jam 5:27 petang.

Ini merupakan kali kedua fenomena Istiwa A’dzam berlaku pada tahun ini, selepas kejadian pertama pada Mei lalu.

Gambar: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

Menurut JAKIM, fenomena ini berlaku apabila kedudukan Matahari berada di titik zenith di mana nilai sudut Isitwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).

Jadi, apabila Istiwa A’dzam atau Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak secara tidak langsung akan menunjukkan arah ke Kaabah atau kiblat.

Fenomena ini biasanya hanya berlaku dua kali dalam setahun pada bulan Mei dan Julai.

Selain itu, ia merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan kiblat di mana-mana kawasan yang ada di Bumi ini.

BACA: Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM

BACA: Mufti WP Terang Status Hadis Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

BACA: Mufti WP Perjelas Hukum Bapa Buat Syarat Sebelum Kahwin

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM