Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Musang King Malaysia Dinobat “King of Kings”

Hannah
musang king malaysia
Gambar: ASEAN Culture & History

Musang King Malaysia Dinobat “King of Kings”

Musang King, atau nama asalnya Raja Kunyit, sekali lagi mengangkat nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai “King of Kings” dalam World Durian Championships 2025, lapor ASEAN Culture & History.

Durian premium ini, yang juga dikenali dengan kod D197 atau “Mao Shan Wang” di pasaran antarabangsa, terkenal kerana teksturnya yang berlemak dan halus, rasa pahit-manis yang seimbang serta warna isi kuning keemasan yang memikat.

Bagi ramai penggemar durian, keenakan Musang King dianggap sukar ditandingi oleh varieti lain.

Malah, ramai pelancong dari luar negara sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk menikmati durian ini, terutamanya ketika musim durian.

Tarikan di seluruh dunia

Disebabkan keistimewaan rasanya, Musang King sangat digemari di negara seperti China, Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

Musang King bukan sekadar dijual di pasar-pasar mewah, malah sering dijadikan hadiah eksklusif sempena musim perayaan.

Di China, durian ini dianggap simbol kemewahan dan dijadikan bahan utama dalam pelbagai produk makanan premium seperti ais krim, kopi, kek bulan dan pelbagai pencuci mulut lain.

Walaupun harganya tinggi, peminatnya tetap sanggup berbelanja demi merasai keunikan rasa yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana durian lain.

Selain rasanya yang enak, Musang King turut mengandungi pelbagai khasiat seperti antioksidan, serat dan tenaga semula jadi yang baik untuk kesihatan.

Malaysia lindungi nama & jenama “Musang King”

Lebih membanggakan, kerajaan Malaysia kini telah berjaya mendapatkan perlindungan harta intelek (IP) untuk jenama Musang King.

Melalui pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) dan cap dagangan, hanya durian yang ditanam dan disahkan berasal dari Malaysia dibenarkan menggunakan nama “Musang King”.

Langkah ini penting bagi melindungi identiti asal durian Malaysia dan mengelakkan penyalahgunaan nama oleh pihak luar yang ingin mengambil kesempatan atas popularitinya.

Tindakan ini juga bertujuan mengekalkan nilai eksklusif Musang King di pasaran global. Selain itu, ia sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pengeluar durian premium bertaraf dunia.

BACA: Makanan Tradisi Malaysia, CIA Kongsi Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

BACA: Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Dunia

BACA: Malaysia Antara 5 Destinasi Syurga Makanan Terbaik Di Asia

Sumber: ASEAN Culture & History