Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kongsi Pengalaman, Pelancong India Akui ‘Malu’ Datang Malaysia
Seorang pelancong dari India telah mencetuskan perbualan hangat dalam talian selepas berkongsi pengalaman ‘mengejutkan’ ketika melawat Kuala Lumpur.
Mana tidaknya, pelancong itu secara terbuka mengakui merasa malu apabila membandingkan negaranya sendiri dengan Malaysia.
Dalam satu perkongsian di Reddit, dia menarik perhatian ramai dengan coretan “Baru pulang dari Kuala Lumpur dan saya rasa malu” (Just back from Kuala Lumpur and I’m ashamed).
Menurutnya, dia sebenarnya bercadang ke Vietnam, namun perubahan saat akhir menyebabkan dia memilih Malaysia sebagai destinasi.
Walaupun datang dengan “jangkaan yang sangat rendah”, dia akhirnya terkejut dengan apa yang ditemuinya di Kuala Lumpur.
“Kuala Lumpur kelihatan sangat terancang dan tersusun.
“Tiada lubang di jalan, tiada gambar ahli politik atau sepanduk besar, kebersihan di mana-mana, tahap kesedaran sivik yang tinggi, kualiti hidup yang baik, udara yang bersih dan rakyat yang sangat membantu,” katanya.
Pelancong itu turut meluahkan rasa kecewa apabila membandingkan pengalaman di Malaysia dengan situasi di India.
Dia mengakui sebelum ini menentang keras idea rakyat India berhijrah ke luar negara. Namun, selepas melihat sendiri suasana di Kuala Lumpur, pandangannya berubah sepenuhnya.
“Saya mula rasa kasihan kepada pelancong asing yang datang bercuti ke India, dan juga warga India di luar negara (NRI) yang terpaksa pulang kerana pelbagai sebab,” katanya.
Tambahnya, rakyat India seolah-olah sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
Walaupun India mempunyai pelbagai sumber dan potensi besar, rakyatnya masih terpaksa berjuang untuk mendapatkan keperluan asas.
“Kami terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri kerana isu-isu remeh.
“Kami gembira dengan kemenangan IPL atau T20, menyembah selebriti dan memuja ahli politik kegemaran tanpa pernah meminta mereka bertanggungjawab.
“Sejujurnya, saya rasa seperti sudah hilang harapan, dan melihat keadaan sekarang, matlamat itu terasa sangat jauh untuk dicapai,” katanya lagi.
Luahan hati pelancong itu ternyata mendapat perhatian ramai pengguna Reddit yang turut berkongsi pandangan serupa.
Ramai juga bersetuju bahawa melancong boleh membuka mata dan mengubah cara seseorang menilai dunia.
“Saya bangga anda kini menjadi suara yang rasional dan jujur di dalam masyarakat anda. Ini sebabnya mengapa melancong itu penting.”
“Saya dulu pun tak pernah nak tinggalkan India. Tapi selepas lawatan kerja ke Jerman, hidup saya berubah, dari segi keselamatan, udara bersih, makanan berkualiti. Semua jauh lebih baik.”
BACA: Bentuk Sebenar Tubuh Wanita Yang ‘Sempurna’, Menurut Saintis
BACA: Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’
BACA: Sebab ‘Wajib’ Pecah Cermin Pintu Sisi Bila Kereta Tenggelam
Sumber: Hindustan Times