Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Kongsi Momen Sambut Hari Lahir Suami, Reaksinya Undang Sebak Ramai
Kehadiran anak-anak sememangnya menjadi penyeri dalam kehidupan berumah tangga ibu bapa.
Demi memastikan kelangsungan hidup keluarga tercinta, seorang bapa sanggup mengharungi kepayahan dari pagi hingga larut malam, tanpa mengira panas terik atau hujan lebat.
Setiap titis peluh dan keletihan yang ditanggung seolah-olah terhapus apabila melihat senyuman manis anak-anak dan isteri yang setia menanti di rumah.
Meskipun pada zahirnya tampak tegas di luar, namun siapa tahu jauh di sudut hati, anak-anak dan isteri adalah dunia dan nyawanya. Segala penat lelah, pengorbanan mereka wajar dihargai dan dikenang.
Begitulah perkongsian video seorang wanita, @Nurafiqahalim berkongsi momen indah meraikan sambutan hari lahir untuk suaminya.
Dalam klip berkenaan, dia bersama anak perempuanya bersiap sedia berdiri di belakang pintu bilik sambil menunggu suaminya masuk.
Bagaimanapun, sewaktu suaminya masuk ke dalam bilik, kejutan itu seakan tidak menjadi apabila alat yang dipegang tidak ‘meletop’ seperti yang diingini.
Apa yang menyentuh hati ramai, suaminya kembali keluar dan membuka pintu untuk “recreate” kembali momen indak itu bersama,
Kepulangan hero keluarga itu turut disambut penuh gembira anak perempuan mereka yang juga memegang kotak kek untuk diberikan kepada ayahnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warga maya tersentuh melihat momen sambutan hari jadi keluarga berkenaan.
Meskipun disambut secara sederhana, mereka menganggap momen seperti meninggalkan kesan yang mendalam pada diri. Malah, sebahagian netizen mendoakan agar keluarga berkenaan sentiasa menjalani kehidupan yang penuh bahagia.
Berikut antara komen warganet:
“Lembut sangat ka hati aku.. tengok ni pun sampai nak teriak. Semoga berbahagia hingga ke Syurga,” komen seorang pengguna.
“Semoga pasangan suami isteri ni ke Syurga aminn. Bagus laki dia layan walaupun berapa kali tak jadi,” komen seorang lagi.
“Walaupun sederhana tapi bahagia. Susah nak cari suami yang layan saja isteri,” tulis seorang pengguna.
“Bahagia cara mereka..suka tengok keluarga macam ni. Tersedih pula,” luah seorang lagi.
Sumber: TikTok @Nurafiqahalim