Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wartawan Pakistan Dihanyutkan Arus Sewaktu Buat Liputan Banjir

Iqbal Yasir
Gambar: Viory

Wartawan Pakistan Dihanyutkan Arus Sewaktu Buat Liputan Banjir

ISLAMABAD — Seorang wartawan Pakistan, Ali Musa Raza dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan liputan di kawasan berhampiran Empangan Chahan, Rawalpindi, susulan bencana banjir yang melanda beberapa wilayah di negara itu, lapor News18.

Insiden sempat dirakamkan sebelum tular di media sosial itu.

Menerusi rakaman dikongsikan oleh Al Arabiya English, memaparkan wartawan berkenaan berdiri di dalam air sedalam paras leher sambil memegang mikrofon sebelum mula dihanyutkan arus deras.

Setakat ini, status terkini wartawan berkenaan masih belum disahkan secara rasmi.

Menurut laporan pihak berkuasa, sejak 26 Jun lalu, hujan lebat berterusan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 116 nyawa dan lebih 250 orang cedera di seluruh Pakistan.

Difahamkan, wilayah Punjab mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 44 kes, diikuti Khyber Pakhtunkhwa 37 terkorban, Sindh 18 kematian, dan Balochistan 19 orang terkorban.

Sementara itu, wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan pula merekodkan satu kematian dan lima kecederaan.

Bencana itu turut menyebabkan kemusnahan besar melibatkan ratusan rumah dan gangguan bekalan asas seperti elektrik dan air bersih.

BACA: Operasi SAR Tengku Nizaruddin Ditamatkan – Polis

Jabatan meteorologi sebelum ini memgeluarkan amaran bahawa hujan lebat dijangka melanda pada Julai dan Ogos, akan menyebabkan sungai melimpah, banjir kilat dan kawasan rendah ditenggelami air.

Menurut Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu, Pakistan, dengan populasi melebihi 240 juta menjadi antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Setiap tahun, ratusan nyawa terkorban akibat bencana berkaitan iklim di negara itu, dengan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal dan sumber mata pencarian.

Pada 2022, banjir luar biasa mengorbankan lebih 2,000 nyawa, menenggelamkan sepertiga Pakistan dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak US$40 bilion

Sumber: News18