Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rupanya Ini Maksud Disebalik Warna Papan Pemotong Dan Fungsinya
Mungkin ramai di antara kita menganggap bahawa setiap rumah memerlukan satu papan pemotong untuk pelbagai kegunaan.
Tapi perasan tak papan pemotong jika dijual di pasar atau kedai mempunyai pelbagai bentuk dan warna yang berbeza-beza.
Antaranya, merah, hijau, biru, putih dan banyak lagi. Adakah ia hanya semata-mata untuk pemasaran sahaja atau ada rahsia disebaliknya?
Tahukah anda sebenarnya setiap warna papan pemotong ini mempunyai kegunaannya tersendiri?
Sekiranya selama ini anda hanya menggunakan satu papan pemotong untuk semua benda, ha inilah masanya untuk tahu dan “upgrade” barang ini.
Jom SK bongkar rahsia warna-warni papan pemotong menerusi perkongsian Bahagian Makanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM di bawah.

Merah
Papan pemotong merah digunakan khusus untuk memotong daging mentah seperti ayam, lembu atau kambing.
Biru
Papan pemotong biru pula digunakan untuk memotong ikan, udang, sotong dan segala hasil laut.
Kuning
Sementara itu, papan berwarna ini pula bertujuan untuk makanan khas yang telah dimasak atau sensitif.
Coklat
Bagi papan pemotong berwarna coklat, ia digunakan sebagai alternatif untuk memotong produk-produk sayuran.
Hijau
Papan pemotong hijau digunakan untuk bahan berasaskan buah-buahan atau salad.
Putih/Kelabu
Papan pemotong putih atau kelabu pula digunakan untuk makanan seperti roti, kek, pastri dan produk tenusu.
Menurut Bahagian Makanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM, pengunaan papan pemotong perlu diasingkan bagi makanan yang masak atau sedia dimakan daripada yang mentah.
Selain itu, Papan pemotong untuk makanan yang masak atau sedia dimakan dan mentah hendaklah diasingkan supaya boleh mengelakkan pencemaran silang (pemindahan bakteria daripada bahan mentah kepada makanan yang telah dimasak).
Langkah ini penting bagi memastikan bahan mentah yang mengandungi bakteria berbahaya akan memcemari makanan sedia dimakan sekiranya penggunaan papan pemotong sama digunakan.
Sumber: Bahagian Makanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM