Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketahui Siapa Bertanggungjawab Bila Jenayah Berlaku Di Angkasa Lepas
Bayangkan dunia pada tahun 2050. Manusia sudah pandai mengembara ke angkasa lepas. Ramai yang sanggup bayar berjuta-juta ringgit untuk naik kapal angkasa dan mungkin tinggal di Marikh.
Tapi, apa akan jadi kalau berlaku jenayah di sana? Siapa yang perlu bertanggungjawab?
Setakat ini, belum ada kes jenayah serius berlaku di angkasa. Tapi kerana angkasa lepas bukan milik mana-mana negara, ramai pakar undang-undang mula fikirkan kemungkinan itu.
Jika berlaku jenayah seperti pembunuhan atau pergaduhan, undang-undang mana yang patut diguna?
Jawapannya ada dalam satu perjanjian antarabangsa yang dipanggil Perjanjian Angkasa Lepas 1967 (Outer Space Treaty).
Menurut perjanjian ini, setiap negara bertanggungjawab terhadap rakyat atau kru kapal angkasa milik negara tersebut.
Contohnya, kalau kapal angkasa milik China dan berlaku jenayah di dalamnya, maka China yang perlu ambil tindakan undang-undang terhadap pelaku.
Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), terdapat kru dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Rusia dan lain-lain.
Jika berlaku jenayah di sana, negara asal pelaku akan siasat dan mendakwa. Namun jika mangsa dari negara lain, negara mangsa boleh minta hak untuk turut serta dalam siasatan jika perlu.
Secara ringkas, jenayah di angkasa dikendalikan seperti jenayah yang berlaku di laut antarabangsa atau semasa seseorang melancong ke luar negara.
Seseorang tetap akan disiasat dan didakwa oleh negara asalnya.
Siasatan jenayah di angkasa tidak semudah di bumi. Di bumi, polis boleh kawal tempat kejadian, soal siasat saksi dan kumpul bukti. Tapi di angkasa, semua ini sangat sukar.
Contohnya, dalam keadaan graviti rendah, corak darah boleh berubah, dan mayat mungkin mereput secara berbeza. Ini menyukarkan proses mencari bukti.
Peguam bela pula boleh beri banyak alasan seperti masalah pakaian angkasa rosak, terdedah kepada bahan kimia atau kesilapan teknikal.
Namun begitu, pergerakan kru di angkasa sangat dikawal. Jadi susah untuk pelaku jenayah menyorok atau menipu tentang kehadirannya.
Antartika, seperti angkasa lepas, juga bukan milik mana-mana negara. Tapi jika berlaku jenayah di sana, negara asal pelaku biasanya ambil tindakan.
Contohnya, pada 2018, seorang penyelidik Rusia menikam rakannya di stesen penyelidikan. Dia didakwa di Rusia. Ini menunjukkan undang-undang tetap boleh dikenakan walaupun di kawasan luar negara.
BACA: Keputusan Kes Pengabaian Zayn Rayyan Diketahui Esok
BACA: 20 Tahun Koma, Ini Tragedi Di Sebalik Gelaran ‘Putera Tidur’
BACA: Soh Wai Ching Cipta Sejarah, Pecah Rekod Dunia & 4 Rekod Malaysia Sekaligus
Sumber: Mental Floss