Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
RON95 vs RON97: Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Kereta Anda?
Gambar AI
Tiada Kategori

RON95 vs RON97: Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Kereta Anda?

suhaila

RON95 vs RON97: Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Kereta Anda?

Dalam suasana harga petrol di Malaysia yang naik turun ikut pasaran dunia, ramai pemilik kereta mula berkira-kira setiap kali berhenti di pam minyak.

Ada yang setia dengan RON95 kerana yakin petrol ini sudah cukup untuk perut enjin mereka. Lagipun harganya jauh lebih mesra poket dan sesuai dengan rutin ulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

Tetapi tak kurang juga yang sanggup beralih ke RON97 walaupun harga selitannya boleh buat dompet terasa semata-mata untuk merasai pecutan yang ringan dan kelegaan melihat enjin kekal sihat lebih lama.

Situasi ini sering menimbulkan dilema di kalangan pemandu. Betul ke RON97 benar-benar beri beza yang besar atau sekadar mitos psikologi? Berbaloi ke duit ekstra yang dibayar kalau hakikatnya kereta tak perlukan?

Dalam keadaan kos sara hidup yang makin menghimpit, keputusan sekecil memilih petrol pun boleh beri kesan besar pada perbelanjaan bulanan.

Jadi, sebelum anda angkat nozzle dan tekan pam, elok kita faham betul-betul. Apa sebenarnya beza RON95 dan RON97, siapa yang patut guna dan bagaimana nak pastikan setiap titis petrol yang dibayar benar-benar berbaloi?

Apa maksud sebenar RON?

Ramai hanya tahu RON sekadar nombor tapi di sebalik angka itu tersembunyi sains penting. RON, atau Research Octane Number mengukur kemampuan petrol menahan letupan awal yang tidak diingini.

Kalau petrol gagal menahan knocking, enjin boleh mengalami pembakaran tak sekata dan menghasilkan bunyi ketukan kecil yang perlahan-lahan akan merosakkan bahagian dalaman enjin.

Enjin moden sekarang memang direka dengan kawalan elektronik yang lebih bijak tapi tetap ada hadnya. Sebab itulah nombor RON jadi penting kerana ianya perlu sesuai dengan selera enjin.

RON95 vs RON97: Mana satu yang menjadi pilihan

Kenapa ada dua pilihan di Malaysia?

Tak semua negara bagi pilihan petrol sebanyak ini. Di Malaysia, kerajaan menetapkan RON95 sebagai petrol subsidi untuk rakyat. Sebab itu harganya jauh lebih rendah berbanding RON97. Petrol RON95 cukup untuk kereta keluarga, kereta kompak atau kereta sedan biasa.

Sebaliknya, RON97 dicipta untuk enjin ‘haus kuasa’ iaitu turbo, sports atau kereta premium dengan teknologi mampatan tinggi.

Pembakaran petrol RON97 lebih stabil pada suhu dan tekanan tinggi. Inilah rahsia kenapa ramai pemilik kereta sports atau kereta continental tak kisah berbelanja lebih di pam minyak.

RON95: Kenapa ia kekal popular?

Kalau tengok di pam minyak, majoriti kereta tempatan memang setia dengan RON95. Sebab utamanya adalah kerana harga yang lebih murah.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit, petrol yang lebih murah memang menjadi pilihan.

Tambahan pula RON95 boleh didapati di hampir semua stesen minyak tak kira di bandar besar atau pekan kecil. Ia juga lebih ‘mesra’ dengan kebanyakan model kereta nasional dan Jepun yang direka untuk pasaran Asia Tenggara.

RON97: Bukan sekadar petrol mahal

Ramai yang menyangka RON97 cuma gimik mahal. Tapi ia bukan sekadar nombor tinggi pada papan tanda harga. Petrol ini menjalani proses penapisan lebih teliti untuk memastikan kebersihannya.

Petrol dengan RON tinggi biasanya mengandungi aditif yang membantu membersihkan saluran bahan api dan ruang pembakaran.

Sebab itu pemilik kereta mewah atau turbo gemar guna RON97 kerana enjin bukan saja terasa lebih smooth, malah enjin juga kurang risiko karbon melekat.

Namun kalau kereta tak memrlukan RON97 ini, kelebihan ini tidak akan memberikan impak yang signifikan.

Rasa psikologi atau memang ada beza?

Ramai pemandu pernah eksperimen sendiri. Sekali sekala cuba isi RON97 masa nak balik kampung jauh, kononnya nak merasakan kereta yang bergerak dengan lebih ringan.

Ada yang kata kereta terasa lebih ringan mendaki bukit tapi ada juga yang rasa perbezaannya hanya di minda.

Sebenarnya, kalau enjin kereta anda memang direka hanya untuk minimum RON95, beza prestasi dengan RON97 sangat kecil. Malah sesetengah pakar automotif kata beza itu cuma 2-3% sahaja.

Tidak cukup untuk anda merasakannya tanpa peralatan ujian profesional.

BACA : Takut Bil Naik? Ini Cara Guna Aircond Masa Tidur

Apa berlaku kalau salah pilih petrol?

Kalau anda guna RON97 untuk kereta RON95, tiada isu besar cuma kos lebih tinggi. Tapi kalau guna RON95 untuk kereta yang sepatutnya perlukan RON97 inilah masalahnya.

Enjin boleh cepat knocking, prestasi jatuh, pembakaran tak sempurna dan dalam jangka panjang boleh menjejaskan piston dan gasket.

Sebab itu, jangan main-main dengan manual kereta. Pengeluar lebih tahu apa yang terbaik untuk enjin mereka.

Perbandingan ringkas RON95 vs RON97

Aspek

RON95

RON97

Kandungan Oktana

Oktana 95 — tahan ketukan pada tahap biasa

Oktana 97 — lebih tahan ketukan, sesuai enjin berkuasa tinggi

Harga

Lebih murah, disubsidi kerajaan

Lebih mahal, ikut pasaran

Jenis Kenderaan

Kereta standard, sedan, hatchback, MPV biasa

Kereta premium, turbocharged, sports, enjin nisbah mampatan tinggi

Prestasi Enjin

Cukup untuk perjalanan harian, prestasi stabil

Enjin lebih lancar, pembakaran lebih bersih, prestasi maksimum

Kesan Penjagaan Enjin

Memadai untuk enjin standard

Kurang deposit karbon, bantu jangka hayat enjin berkuasa

Siapa Patut Guna

Majoriti pemandu Malaysia

Pemilik kereta mewah atau sports, atau yang perlukan kuasa lebih stabil

Tip tambahan: Jimat petrol tanpa tukar petrol

Ramai sangka jimat petrol bermaksud pilih petrol paling murah sahaja. Hakikatnya tabiat pemanduan adalah lebih penting. Cuba amalkan beberapa trik ini:

  • Sentiasa pastikan tekanan tayar cukup. Tayar kurang angin membuatkan enjin bekerja lebih keras.

  • Jangan suka tekan minyak secara mendadak dan membrek tiba-tiba. Pemanduan yang agresif akan membakar petrol lebih cepat.

  • Servis kereta ikut jadual. Palam pencucuh, penapis udara dan minyak enjin semua ni kalau dah bersih, pembakaran akan lebih cekap.

  • Rancang perjalanan. Elakkan jalan sesak pada waktu puncak kerana enjin melahu tanpa bergerak tapi petrol tetap terbakar.

Oleh itu, dalam dunia automotif petrol bukan sekadar cecair mudah terbakar. Ia juga merupakan penentu tahap kesihatan enjin.

Sama ada anda setia dengan RON95 atau sanggup belanja lebih untuk RON97, pastikan anda faham apa yang enjin perlukan. Yang penting jangan hanya ikut trend atau cakap orang.

Rujuk buku manual, faham tabiat memandu dan guna petrol yang betul. Sebab pada akhirnya enjin yang sihat bukan bergantung pada petrol mahal semata-mata tetapi pada tangan yang memandunya.

BACA : Ini 6 Kereta Elektrik Bajet Bawah RM150K Berbaloi Dimiliki

Sumber : motorist.my, pcauto.com