Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Tuntut CEO Intel Kelahiran Malaysia Letak Jawatan 

Sofea
Trump ceo intel
Kredit: AFP & Intel Corporation

Trump Tuntut CEO Intel Kelahiran Malaysia Letak Jawatan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis menuntut supaya ketua baharu Intel, Lip-Bu Tan meletakkan jawatan serta-merta selepas seorang Senator Republikan membangkitkan kebimbangan keselamatan negara berhubung kaitannya dengan firma-firma di China.

“CEO INTEL mempunyai konflik kepentingan yang besar dan mesti meletakkan jawatan serta-merta. Tiada penyelesaian lain untuk masalah ini,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya, sehari selepas Senator Tom Cotton berkata beliau telah menulis surat kepada Intel untuk mempersoalkan kaitan antara CEO Lip-Bu Tan dengan firma-firma China.

Cotton dalam suratnya mendakwa Tan mengawal puluhan syarikat China dan mempunyai pegangan dalam ratusan syarikat pembuatan maju dan firma cip di China.

“Sekurang-kurangnya lapan daripada syarikat ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China,” dakwanya.

Cotton juga menyentuh peranan Tan sebagai ketua terdahulu Cadence Design Systems, yang menurutnya baru-baru ini mengaku bersalah kerana menjual produk secara haram kepada sebuah universiti tentera China dan memindahkan teknologinya kepada sebuah syarikat semikonduktor China berkaitan tanpa mendapatkan lesen.

BACA JUGA: Trump Rancang Kenakan Tarif 100% Ke Atas Semikonduktor Import

Menurut Cotton, Tan merupakan ketua syarikat tersebut ketika itu.

Veteran industri teknologi kelahiran Malaysia itu mengambil alih kepimpinan Intel yang sedang bergelut pada Mac lalu. Beliau juga mengumumkan pemberhentian pekerja ketika tarif dan sekatan eksport oleh Rumah Putih mengaburi pasaran.

Beliau mengakui bahawa bukan mudah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi syarikat itu.

Intel adalah salah satu syarikat ikonik di Silicon Valley, namun kedudukannya telah diatasi oleh gergasi Asia seperti TSMC dan Samsung, yang menguasai perniagaan semikonduktor tempahan.

Syarikat itu juga terkejut dengan kemunculan Nvidia sebagai penyedia cip AI terkemuka dunia.

Kepakaran Intel selama ini terletak pada cip yang digunakan dalam proses pengkomputeran tradisional, namun semakin diketepikan oleh revolusi AI.

Sumber: AFP