Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Rancang Kenakan Tarif 100% Ke Atas Semikonduktor Import

Sofea
trump rancang tarif
Kredit: AFP

Trump Rancang Kenakan Tarif 100% Ke Atas Semikonduktor Import

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan tarif 100 peratus ke atas semikonduktor daripada firma yang tidak membuat pelaburan di Amerika Syarikat sekali gus mencetuskan ketidaktentuan dalam saham pengeluar cip Asia pada Khamis.

Memetik laporan AFP, Trump mendedahkan kadar cukai tersebut di Rumah Putih pada Rabu, menjelang pelaksanaan tarif besar-besaran ke atas barangan dari puluhan negara, dengan cip sebelum ini dikecualikan.

Langkah ini diambil ketika Amerika Syarikat dan China bersaing hebat dalam perlumbaan membangunkan semikonduktor berteknologi tinggi yang digunakan untuk menggerakkan sistem kecerdasan buatan (AI).

“Kita akan mengenakan tarif kira-kira 100 peratus ke atas cip dan semikonduktor, tetapi jika anda membinanya di Amerika Syarikat, tiada bayaran dikenakan,” kata Trump.

Beliau tidak memberikan jadual pelaksanaan tarif baharu itu, yang pernah diugutnya beberapa kali sebelum ini.

Penyelidik kanan semikonduktor di Taiwan Institute of Economic Research, Arisa Liu, berkata langkah ini akan memberi kesan kepada hala tuju strategik syarikat semikonduktor global.

“Memandangkan Amerika Syarikat adalah pemain terbesar dunia dalam AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi, langkah ini akan memberi kesan yang lebih besar kepada syarikat yang terlibat dalam proses termaju,” katanya.

BACA JUGA: Malaysia Bakal Hasilkan Cip AI “Buatan Tempatan”

Pada Khamis, saham TSMC Taiwan iaitu pengeluar cip kontrak terbesar dunia melonjak hampir lima peratus selepas kerajaan mengumumkan syarikat itu tidak akan terjejas.

Taiwan merupakan kuasa besar global dalam pembuatan semikonduktor, menghasilkan lebih separuh cip dunia dan hampir semua cip berteknologi tinggi.

Trump sebelum ini menuduh Taiwan telah mencuri industri cip AS dan awal tahun ini TSMC mendedahkan rancangan untuk melabur tambahan $100 bilion di Amerika Syarikat.

Manakala, saham Samsung Electronics, yang sedang membelanjakan berbilion dolar di Amerika Syarikat, naik lebih dua peratus di Seoul, tetapi beberapa saham pengeluar cip Jepun jatuh susulan berita ini.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu parlimen pada Khamis bahawa negara sebagai hab utama pembuatan cip, sedang meminta penjelasan daripada pihak AS.

“Kita akan terus memperjuangkan Malaysia untuk memastikan sebarang perubahan dasar atau kriteria pengecualian dimaklumkan dan dirundingkan terlebih dahulu, serta kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik dikekalkan,” katanya.

Sumber: AFP