Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Australia Rancang Iktiraf Negara Palestin

Hannah
Australia iktiraf Palestin
Gambar: AFP

Australia Rancang Iktiraf Negara Palestin

Australia mengumumkan rancangan untuk mengiktiraf negara Palestin pada September ini, susulan langkah sama yang telah diambil oleh United Kingdom, Perancis dan Kanada.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata pengiktirafan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas menerima komitmen daripada Pihak Berkuasa Palestin.

“Penyelesaian dua negara adalah harapan terbaik manusia untuk memutuskan kitaran keganasan di Timur Tengah, sekali gus menamatkan konflik, penderitaan dan kebuluran di Gaza,” katanya pada Isnin.

Albanese turut memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas menerima jaminan daripada Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas, bahawa Hamas tidak akan memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran negara Palestin pada masa hadapan.

Beliau menambah, langkah tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin United Kingdom, Perancis, New Zealand dan Jepun dalam tempoh dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Palestin sebelum ini menyatakan bahawa pengiktirafan negara Palestin menunjukkan sokongan semakin kukuh terhadap hak penentuan nasib rakyatnya.

BACA: Al Jazeera Laporkan 5 Wartawan Terkorban Dalam Serangan Israel Di Gaza

Sumber: BBC