Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tayar Kereta Haus Sebelah? Ini Punca Sebenar
Gambar AI
Tiada Kategori

Tayar Kereta Haus Sebelah, Ini Punca Sebenar

suhaila

Tayar Kereta Haus Sebelah? Ini Punca Sebenar dan Cara Elak Sebelum Parah

Pernahkah anda memeriksa tayar kereta dan mendapati ia haus hanya pada satu bahagian sahaja. Sama ada di tepi luar atau di bahagian dalam. Inilah yang dipanggil tayar haus atau makan sebelah.

Satu masalah yang nampak kecil pada mata kasar tetapi sebenarnya boleh membawa kesan yang besar jika dibiarkan berlarutan.

Masalah ini bukan sahaja membuatkan tayar cepat rosak malah turut mengganggu kestabilan kenderaan ketika memandu pada kelajuan tinggi atau di jalan yang licin.

Lebih membimbangkan, ia boleh meningkatkan risiko kemalangan terutamanya ketika anda perlu membrek mengejut atau membuat lencongan pantas.

Jika dibiarkan tanpa tindakan, anda mungkin terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menukar tayar baru lebih awal daripada sepatutnya.

Sebab itu penting untuk kita mengenal pasti punca sebenar masalah ini supaya langkah pencegahan boleh diambil sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Dalam artikel kali ini, kami akan bongkarkan rahsia di sebalik masalah tayar haus sebelah yang ramai pemandu tidak sedar lengkap dengan punca sebenar dan cara mudah untuk mengelakkannya sebelum ia memakan wang dan membahayakan nyawa anda.

1. Penjajaran roda lari

Masalah paling kerap berlaku yang menyebabkan tayar haus sebelah ialah penjajaran roda atau wheel alignment yang sudah lari daripada kedudukan asal.

Apabila alignment terganggu, kedudukan tayar tidak lagi selari dan akan menyebabkan tekanan geseran tertumpu pada satu bahagian tayar sahaja.

Keadaan ini biasanya berlaku akibat hentakan kuat seperti terlanggar lubang jalan yang dalam, naik pembahagi jalan secara tidak sengaja, atau terbabas sedikit ketika membelok laju.

Jika tidak dibaiki segera, tayar akan haus dengan cepat. Selain itu, anda mungkin akan perasan stereng menjadi senget ketika memandu lurus.

Dalam jangka masa yang panjang ia juga boleh menyebabkan komponen lain seperti suspensi dan stereng mengalami kehausan pramatang.

2. Sudut camber tidak tepat

Jika dilihat dari hadapan kereta, tayar sepatutnya berada dalam kedudukan tegak dan selari dengan permukaan jalan.

Namun, apabila sudut camber terlalu condong sama ada ke dalam atau ke luar, berat kenderaan tidak lagi diagihkan dengan sekata pada permukaan tayar.

Ini menyebabkan bahagian yang tertentu sama ada tepi dalam atau tepi luar cepat menjadi botak berbanding bahagian lain.

Sudut camber yang tidak tepat ini mungkin berpunca daripada kerosakan komponen suspensi atau kesan pelarasan yang tidak tepat sebelum ini.

Untuk membetulkannya, ia memerlukan pemeriksaan dan pelarasan semula menggunakan peralatan khas di pusat servis bertauliah.

Ini kerana pelarasan camber adalah sangat sensitif dan jika dilakukan secara sembarangan, ia boleh menjejaskan kawalan pemanduan secara keseluruhan.

3. Tekanan angin tayar tidak seimbang

Antara lain, ramai pemandu yang suka mengambil ringan hal tekanan angin tayar. Walhal ia memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan tayar haus dengan sekata.

Tekanan yang terlalu rendah akan menyebabkan bahagian tepi tayar menerima beban lebih besar lalu cepat haus dan menipis.

Sebaliknya, tekanan yang terlalu tinggi pula akan memaksa bahagian tengah tayar menanggung beban utama sehingga membuatkan ia haus lebih pantas daripada bahagian tepi.

Keadaan akan menjadi lebih teruk jika tekanan antara tayar kiri dan kanan tidak sama. Ia boleh mempengaruhi kestabilan pemanduan dan menyebabkan tayar makan sebelah.

Oleh itu, adalah wajar untuk anda memeriksa tekanan angin tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan sentiasa mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

Langkah mudah ini mungkin nampak remeh tetapi ia sangat berkesan untuk memanjangkan jangka hayat tayar.

4. Komponen suspensi rosak atau haus

Selain itu juga, sistem suspensi direka untuk memastikan tayar sentiasa berada dalam sentuhan optimum dengan permukaan jalan.

Namun, apabila komponen seperti absorber mula lemah, bush mula merekah atau ball joint dan tie rod mengalami kelonggaran, tayar tidak lagi berpusing dengan stabil.

Akibatnya, corak geseran menjadi tidak sekata lalu menyebabkan tayar makan sebelah dengan lebih cepat. Masalah ini kerap berlaku pada kenderaan yang berusia atau sering membawa beban berat seperti barangan perniagaan atau muatan penumpang yang ramai.

Tanda-tanda awal yang boleh diperhatikan termasuk bunyi ketukan ketika melalui jalan tidak rata, rasa bergegar pada stereng atau kenderaan terasa melantun berlebihan selepas melalui bonggol.

Pemeriksaan berkala pada sistem suspensi bukan sahaja memastikan keselesaan tetapi juga dapat menjamin keselamatan pemanduan.

BACA : Tip, Cara Bijak Pilih Insurans Kereta Mengikut Gaya Hidup Anda

5. Gaya pemanduan dan bebanan tidak seimbang

Bukan semua punca tayar haus sebelah datang daripada masalah teknikal. Kadangkala ia berpunca daripada tabiat pemanduan kita sendiri.

Membelok secara agresif, membrek secara mengejut atau memecut di selekoh akan memberikan tekanan tambahan pada tayar terutamanya pada bahagian luar.

Begitu juga jika anda sering membawa beban berat yang tidak diagihkan dengan seimbang di dalam kereta, ia akan membuatkan tayar sebelah tertentu menanggung lebih beban.

Keadaan ini mungkin tidak memberi kesan dalam jangka masa singkat. Namun, selepas beribu-ribu kilometer, anda akan mula melihat perbezaan ketara pada corak kehausan tayar.

Sedikit perubahan dalam cara memandu seperti mengambil selekoh dengan lebih berhemah atau mengagihkan beban dengan seimbang boleh membantu memanjangkan jangka hayat tayar dan menjimatkan kos penyelenggaraan.

6. Rim bengkok atau balancing lari

Di samping itu, rim yang bengkok akibat hentakan kuat pada lubang jalan atau bonggol boleh menjejaskan prestasi tayar. Masalah balancing yang tidak tepat juga boleh menyebabkan tayar berputar secara tidak rata.

Apabila ini berlaku, tayar akan mengalami gegaran berulang yang secara halus memakan bahagian tertentu pada tayar lebih cepat daripada bahagian lain.

Simptomnya biasanya dapat dirasai apabila stereng bergegar pada kelajuan tertentumterutamanya ketika memandu di lebuh raya.

Masalah ini bukan sahaja merosakkan tayar tetapi juga boleh memberi kesan kepada keselesaan pemanduan dan komponen suspensi.

Pemeriksaan balancing secara berkala serta memastikan rim berada dalam keadaan baik adalah langkah pencegahan yang sangat berbaloi.

Kesimpulannya, tayar makan sebelah bukanlah sekadar masalah kosmetik pada kenderaan. Ia adalah petunjuk jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sistem penjajaran roda, tekanan tayar, suspensi atau cara anda memandu.

Mengabaikannya hanya akan menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat dan prestasi pemanduan terjejas.

Dengan melakukan pemeriksaan secara berkala, memastikan pelarasan yang tepat dan mengamalkan gaya pemanduan yang lebih berhemah, anda bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat tayar.

Malah, anda juga dapat memastikan setiap perjalanan lebih selamat dan selesa.

Sumber : utires, karpro

BACA : Lapar Tengah Malam? Ini 7 Snek Kenyang, Berat Tak Naik