Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
wan ahmad faris
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Wan Ahmad Faris – Saifuddin Nasution

Sofea

Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Wan Ahmad Faris – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, Kelantan pada Disember 2013.

Beliau berkata polis tidak mempunyai halangan untuk berbuat demikian kerana kertas siasatan kes pada 2013 itu adalah lengkap.

“Kes adik Faris (Wan Ahmad Faris) pada 2013 dan keputusan inkues pula 2016. Apa keputusan inkues, dia ditemui tergantung dan ada penglibatan pihak ketiga…sebab itu sekarang keluarga desak untuk melihat semula (kes).

“Saya ingin katakan bahawa, ya…polis akan buka semula kertas siasatan (Wan Ahmad Faris) dah siap, (namun) pada waktu itu (2013) DPP (Timbalan Pendakwa Raya) mengatakan kes berkenaan sebagai no further action (tiada tindakan lanjut).

“Saya sudah bincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah apa yang menghalang kita untuk tengok semula (kertas siasatan), polis kata tiada masalah apa-apa untuk buka balik kertas siasatan itu kerana ia sudah lengkap,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

Pada Isnin lepas, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris menyerahkan surat kepada polis Bukit Aman bagi memohon polis membuka semula kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar Tingkatan Empat ditemui mati tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, di Kok Lanas.

Mayatnya dilaporkan ditemui penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas tersebut.

Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Wan Ahmad Faris mengesahkan kes sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah. Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian pelajar itu disebabkan dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.

Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

Sumber: Bernama