Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
kes zara qairina
Kredit: Bernama

Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

Sofea

Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang memperuntukan kesalahan bagi perbuatan membuli.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelaksanaan pindaan terhadap Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan memperkukuh kuasa undang-undang ke atas perbuatan jenayah buli.

Beliau berkata sejak pindaan Seksyen 507 Kanun Keseksaan dikuatkuasakan dan diwarta pada 11 Julai lepas, polis sudah membuka 11 kertas siasatan berkaitan buli.

“Kertas siasatan ini masing-masing ada bawah Seksyen 507B, 507C dan sebagainya… ini menunjukkan bahawa adanya penambahbaikan undang-undang itu yang membolehkan polis bertindak.

“Sekarang ini, macam kes Zara misalnya yang sudah dituduh hari ini, itu adalah tuduhan di bawah satu daripada seksyen yang kita pinda sebelum ini, menjadikan ini kes yang pertama kita tuduh (sejak pindaan),” katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang membangkitkan isu tindakan polis yang disifatkan sebagai kurang pantas dalam menyiasat kes melibatkan laporan berkaitan buli termasuk di Johor baru-baru ini.

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif serta menyeluruh termasuk buli siber telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Dis 2024 dan Dewan Negara pada 16 Dis tahun sama.

BACA JUGA: Kemas Kini Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Terdahulu, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Serentak dengan perkembangan undang-undang itu, Saifuddin Nasution berkata KDN mahu polis bertindak pantas dalam menyiasat setiap laporan membabitkan perbuatan buli yang diterima.

Beliau juga menyeru semua pihak agar tidak memainkan sentimen atau membuat gambaran yang tidak tepat seolah-olah ada cubaan untuk melindungi sesiapa, atau cover-up.

“Apabila saya semak di sebalik kronologi dan rentetan siasatan (polis) dengan angka yang begitu ramai keterangan (saksi) yang lengkap diambil, saya pun rasa sedih dengan kesungguhan pasukan polis (menyiasat), hanya kerana satu bahagian sahaja di mana polis dikatakan gagal untuk buat bedah siasat.

“Pada 4 Ogos, pada hari kali pertama kita serah kertas siatasan kepada AG (Peguam Negara) dan 3 Ogos, ibu Zara ada buat laporan polis (kerana) ketika memandikan mayat Zara, ada kesan lebam… serentak dengan itu juga, dalam kertas siasatan yang diserahkan kepada AG, ada kita cadangkan dibuat gali semula (kubur Zara),” katanya.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pagi 16 Julai.

Sementara itu, beberapa kementerian lain turut menggulung perbahasan usul RMK13 bagi kementerian masing-masing termasuk Kementerian Perpaduan Negara.

Sumber: BERNAMA