Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Wanita Tercekik Biji Boba
Kredit: @mothershipsg

Budak 11 Tahun Berjaya Selamatkan Wanita Tercekik Biji Boba

Athirah

Budak 11 Tahun Berjaya Selamatkan Wanita Tercekik Biji Boba

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang dipercayai tercekik akibat bebola tapioka dengan menggunakan teknik Heimlich, lapor portal Global Times.

Insiden itu berlaku di sebuah restoran hotpot baharu di Daerah Huanggu, Shenyang, China pada 8 Ogos lalu.

Difahamkan, pada awalnya wanita tersebut sedang menikmati hidangan di restoran apabila merasakan makanannya agak pedas lalu memutuskan untuk meneguk sedikit teh susu boba bagi meredakan kepedasan.

Secara tiba-tiba, wanita berkenaan tercekik biji boba sehingga sukar bernafas, malah bibirnya turut bertukar menjadi ungu. Dalam masa sama, rakannya beberapa kali menepuk belakang badannya bagi mengeluarkan biji tersebut.

Teknik Heimlich selamatkan nyawa wanita itu

Global Times melaporkan wanita tersebut sempat memberi isyarat supaya dilakukan teknik Heimlich, namun tiada seorang pun pengunjung di sekitar yang mengetahui caranya.

Ketika kejadian, kanak-kanak perempuan tersebut sedang menikmati hidangan bersama ibunya di meja berhampiran apabila dia menyedari situasi itu.

Dia yang merupakan pelatih muda pertolongan cemas di bawah Persatuan Palang Merah Liaoning tampil membantu untuk menyelamatkan nyawa.

“Mama, dia sedang tercekik. Saya baru belajar teknik Heimlich dan saya boleh bantu dia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Global Times.

Dengan tenang, Zihan melingkarkan tangannya di pinggang wanita terbabit dan melakukan beberapa hentakan abdomen.

Wanita tersebut terus memeluk penyelamatnya

Usaha itu berhasil apabila tiga biji boba terkeluar dalam masa 30 saat, sekali gus membolehkan mangsa kembali bernafas seperti biasa.

Wanita berkenaan kemudian memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu diatas keberaniannya, manakala pengunjung lain yang menyaksikan kejadian bertepuk tangan mengagumi tindakannya.

“Tepukan daripada semua orang membuatkan saya berasa bangga dan terharu

“Pada saat itu saya sedar betapa hebatnya anak kecil ini kerana berjaya menyelamatkan nyawa seseorang. Ia benar-benar bermakna,” kata ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

BACA: Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi Hampir RM261.4 Juta Separuh 2025
BACA: Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat

Sumber: Global Times