Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat buah negeri sehingga jam 11 malam ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
BACA: Sebak, Anak Kecil Lepas Rindu Baring Di Tengah Pusara Ibu & Ayah
https://www.facebook.com/share/p/16mrQTMcDJ/
BACA: Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temukan Dadah Dalam Kereta
BACA: Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini
BACA: Puji Sedap, Mat Saleh Terus ‘Jatuh Hati’ Dengan Nasi Kerabu