Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bibir Gatal Selepas Makan Oren, Ini Sebabnya
Kebanyakan individu yang mempunyai alahan makanan biasanya lebih berhati-hati dengan pemakanan mereka terutamanya melibatkan produk tenusu, kacang atau makanan laut.
Namun, ada juga orang yang tidak mempunyai sebarang alahan tetapi tetap mengalami rasa gatal, pedih atau berdenyut pada bibir selepas makan buah-buahan seperti oren atau sayur-sayuran tertentu.
Kebiasaannya, gejala ini hilang dengan sendirinya dan ramai yang sangka ia berpunca daripada keasidan buah atau kulit yang sensitif.
Sebenarnya, ada sebab tertentu yang masih kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, mari ikuti penjelasan lanjut di bawah ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat, vitamin dan nutrien yang baik untuk kesihatan.
Namun, dalam masa sama buah oren ini juga mengandungi protein menyerupai debunga tumbuhan yang boleh menyebabkan alahan.
Apabila sistem imun seseorang tersalah anggap protein buah atau sayur sebagai debunga, tindak balas yang dikenali sebagai Sindrom Alergi Oral (OAS) atau pollen-food allergy syndrome akan berlaku.
Sebenarnya, individu yang mengalami OAS bukanlah alah kepada buah itu sendiri, tetapi kepada protein yang meniru debunga iaitu, tindak balas alahan silang (cross-reactive allergy).
Menariknya, simptom ini boleh muncul secara tiba-tiba walaupun seseorang itu sudah bertahun-tahun menikmati buah tersebut tanpa sebarang masalah.
Difahamkan, tindak balas ini berlaku apabila bibir terasa terbakar atau kesemutan pada bibir, mulut dan tekak. Kadangkala, ia juga boleh mengakibatkan bengkak ringan di kawasan tersebut.
Jika alahan sangat teruk, ia boleh menyebabkan bengkak (anafilaksis) pada tekak yang mengancam nyawa.
Bagaimanapun, kejadian ini sangat jarang berlaku kerana keadaan ini berbeza dengan alahan kacang kerana perut manusia mampu untuk memecahkan protein dalam buah.
Selain itu, mereka yang mempunyai alahan ragweed mungkin akan mengalami reaksi selepas makan lobak merah atau buah pic.
Debunga pokok birch (musim bunga):
Epal, aprikot, lobak merah, saderi, ceri, kiwi, pasli, buah pic, pir dan plum.
Debunga rumput timothy & orchard (musim panas):
Tembikai susu, tembikai wangi, oren, buah pic, kentang putih, tomato dan tembikai.
Debunga mugwort & ragweed (musim luruh):
Pisang, lada benggala, brokoli, kubis, bunga kubis, tembikai susu, lobak merah, saderi, bayam, timun, bawang putih, tembikai wangi, bawang besar, pasli, buah pic, kentang putih, tembikai dan zucchini.
Difahamkan, tidak semua penghidap alahan bermusim akan mengalami gejala ini. Namun, jika seseorang mempunyai alahan terhadap debunga birch, rumput atau rumpai, risiko untuk mengalami OAS adalah lebih tinggi.
Malah, kajian melaporkan bahawa 50 peratus hingga 75 peratus individu yang alah kepada debunga pokok birch mungkin akan mengalami reaksi silang apabila makan epal atau sayur saderi.
Ada juga yang percaya gejala gatal atau bengkak berpunca daripada racun perosak pada buah, tetapi kajian menunjukkan ia hanyalah mitos, terutamanya jika buah sudah dibasuh dengan betul.
Walaupun nampak menakutkan, OAS sebenarnya tidak terlalu membebankan dan boleh dikawal. Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
Kupas kulit buah: Protein yang menyebabkan tindak balas biasanya tertumpu pada bahagian kulit.
Masak buah atau sayuran: Proses memasak akan memusnahkan protein tersebut. Contohnya, makan roti pisang atau sos epal biasanya tidak menimbulkan alahan.
Elakkan buah tertentu ketika musim debunga tinggi: Gejala boleh menjadi lebih teruk semasa musim debunga.
Ambil antihistamin: Ubat ini dapat mengurangkan tindak balas alahan ringan.
Tidak semua orang akan memberi tindak balas alahan kepada buah atau sayuran yang sama, malah kadangkala jenis buah yang berbeza turut memainkan peranan.
Sebagai contoh, ada yang hanya mengalami gejala selepas makan epal jenis honeycrisp tetapi tidak pada epal hijau.
Setakat ini tiada ujian khusus untuk mengesan OAS, namun doktor boleh menjalankan ujian alahan debunga dan menilai simptom pesakit berdasarkan sejarah pemakanan.
BACA: Jangan Tinggal 8 Peralatan Elektrik Ini Hidup Sebelum Anda Pergi Bercuti
BACA: Laptop Lembap? Cuba Buat “Setting” Ni, Jadi Laju
BACA: Baju Masih Berbau Walau Guna Sabun Mahal? Ini Puncanya
Sumber: Mental Floss