Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebab Sebenar Bahagian Bawah Peti Sejuk Beku ‘Beralun’, Tak Rata

Nur Erizsha
garisan peti sejuk beku
Gambar: ImageFX

Sebab Sebenar Bahagian Bawah Peti Sejuk Beku ‘Beralun’, Tak Rata

Peti sejuk beku merupakan antara barangan elektrik yang wajib ada dalam setiap rumah untuk menyimpan makanan agar tahan lebih lama.

Namun, pernahkah anda perasan, hampir semua peti sejuk beku mempunyai garisan atau alur beralun di bahagian dinding dalamnya?

Ramai yang menganggap garisan tersebut hanya sekadar rekaan kosong. Malah, ada yang fikir ia menyusahkan kerana membuatkan makanan tidak tersusun dengan rata

Sebenarnya, garisan ini direka dengan tujuan tertentu dan mempunyai fungsi penting terutamanya kepada makanan anda.

Mengapa ada garisan di bahagian bawah peti pejuk beku?

Garisan ini direka untuk membolehkan udara beredar dengan lebih baik di bahagian bawah dengan cara meninggikan sedikit makanan daripada lantai peti sejuk.

Difahamkan, rekaan ini dapat membantu peti sejuk beku mengekalkan suhu yang stabil. Selain itu, ia juga membenarkan kelembapan tersebar atau menyejat secara menyeluruh dengan konsisten.

Bagaimana garisan ini membantu makanan kekal segar?

Permukaan yang tidak rata ini membantu makanan yang dibekukan untuk kekal segar dengan mengekalkan suhu yang ideal iaitu, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Menurut portal Reader’s Digest, kawasan yang lebih panas boleh menyebabkan sebahagian makanan mula mencair, sekali gus menjejaskan kualiti makanan tersebut.

Apa akan berlaku jika makanan disusun di permukaan rata?

Jika makanan beku disusun rapat di permukaan rata, udara sejuk tidak dapat bergerak di bawahnya.

Ini mewujudkan “zon mati” di mana udara tidak beredar dan kelembapan yang terperangkap akhirnya membeku.

Akibatnya, timbul pelbagai masalah:

Pembekuan tidak sekata

  • Ada makanan yang menjadi terlalu keras, manakala yang lain hanya dingin tetapi tidak beku sepenuhnya. Ini menjejaskan tempoh ketahanan makanan dalam peti sejuk beku.

Lapisan ais dan fros

  • Kelembapan yang tersekat akan membeku di antara makanan dan dinding atau lantai peti sejuk. Masalah ini lebih mudah berlaku jika anda meletakkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk beku.

Peti sejuk beku terbeban

  • Apabila aliran udara tidak lancar, peti sejuk perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu. Akibatnya, tenaga elektrik digunakan dengan lebih banyak dan jangka hayat perkakas menjadi lebih singkat.

Apa perlu dibuat jika ais menebal di bahagian bawah?

Walaupun terdapat garisan, kadangkala lapisan ais tetap terbentuk di bahagian dasar. Jadi, elakkan situasi ini berlarutan.

Anda boleh lakukan proses nyahbeku (defrost) bagi memastikan peti sejuk berfungsi dengan baik serta makanan kekal segar.

Kosongkan peti sejuk beku

  • Alihkan makanan ke dalam bekas penyejuk.

Tutup suis dan cabut palam

  • Biarkan pintu terbuka. Sediakan bekas lebar atau alas tuala untuk menadah air lebihan apabila ais cair.

  • Untuk cepatkan proses, letakkan semangkuk air panas (bukan mendidih) di dalam peti sejuk dan tutup pintunya buat sementara waktu.

Bersihkan bahagian dalam

  • Setelah ais cair, lap permukaan dengan kain yang dibasahkan dengan larutan air suam bercampur soda bikarbonat. Larutan ini membantu menyerap bau serta membersihkan.

  • Pastikan semua permukaan benar-benar kering sebelum menghidupkan semula peti sejuk.

Hidupkan semula dan susun makanan dengan teratur

  • Hidupkan peti sejuk dan biarkan sehingga mencapai suhu ideal, iaitu 0 darjah Fahrenheit (sekitar -18°C).

  • Kemudian, susun semula makanan dengan meninggalkan sedikit ruang antara bungkusan supaya aliran udara lebih lancar.

Amaran: Jangan gunakan pisau atau alat logam untuk mencungkil ais kerana ia boleh merosakkan lapisan dalam atau paip penyejuk.

Bagaimana pula dengan garisan di bahagian sisi?

Garisan di bahagian sisi peti sejuk yang biasanya direka dengan bentuk grid juga mempunyai fungsi yang sama untuk mengawal aliran udara dan mengekalkan kelembapan yang sesuai.

BACA: Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Sebenar Bakul Dobi Ada Lubang

BACA: Benda ‘Wajib’ Korang Perlu Buat Kalau Nak Bateri Telefon Tahan Lama

BACA: Jangan Tinggal 8 Peralatan Elektrik Ini Hidup Sebelum Anda Pergi Bercuti

Sumber: Reader’s Digest