Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Tersilap, Ini Formula Kira OT Untuk Gaji Bawah RM4,000
Sesetengah pekerjaan menawarkan pilihan kepada pekerja untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime (OT). Kebiasaannya gaji OT akan diberikan lebih sedikit mengikut jam bekerja.
Bagaimanapun, pasti ramai yang belum tahu cara untuk mengira gaji kerja lebih masa ini. Bukan berburuk sangka tetapi anda sendiri seharusnya perlu memeriksa bayaran OT yang diterima daripada majikan agar ia selari dengan undang-undang di Malaysia.
Jangan risau, anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook, Verdi Kornelis Omjai mengenai cara untuk mengira OT mengikut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).
Kita ambil contoh basic RM2500, Rm2500 kita bahagikan dengan 26hari masa bekerja
Rm2500 bahagi 26 = Rm96.15
*HANYA UNTUK GAJI YANG DI BAWAH RM4000
RM96.15 ni la purata gaji anda sehari untuk 26 hari masa bekerja.
RM96.15 kita bahagikan dengan 8 jam. Wajib 8 jam, ini ikut akta buruh, semua company di Malaysia wajib ikut 8jam
Rm96.15 bahagi 8 = Rm12.01
Rm12.01 ni adalah gaji anda sejam. Dan di sini ada pengiraan point mengikut hari anda berkerja
1.5 – Hari biasa 2.0- Hari cuti anda (biasa ahad) 3.0-Public holiday (bersyarat)
Lets say kita OT hari biasa, kita ot 4 jam.
Rm12.01 kali darabkan dengan 1.5 = 18.02
RM18.02 ni adalah kadar kiraan OT anda untuk hari biasa dan darabkan dengan jam anda bekerja lebih masa. Contoh 4 jam. Rm18.02 darab 4 jam = 72.11
*Ada company yang tetapkan kadar bayaran lebih masa bekerja kita tidak mengikut undang-undang buruh, itu adalah salah dan tidak ada pengecualian.
Sebagai pekerja, jangan lah kita biarkan mereka menganiaya kita, mereka bukan tidak tahu tapi mereka buat-buat tidak tahu.
Undang-undang buruh ni saya sudah lama belajar dari 2011 lagi. Masa bekerja, gaji, public holiday yang wajib dan tak wajib, cuti sakit, cuti bersalin dan lain-lain. Boleh dikatakan semua undang-undang buruh sudah ada dalam kepala otak saya. Jika mereka mahu kita ikut undang-undang kerja, suruh mereka ikut undang-undang buruh.
Sumber: Verdi Kornelis Omjai