Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Sangka, Podcast Ini Dedah ‘Perangai’ Mat Saleh Tentang Malaysia

Iqbal Yasir
podcast mat saleh malaysia

Tak Sangka, Podcast Ini Dedah ‘Perangai’ Mat Saleh Tentang Malaysia

Tentu ramai di antara kita gemar makan angin di pelbagai tempat sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Tidak hairan, melancong merupakan salah satu aktiviti yang memberikan pengalaman, pengetahuan terhadap individu itu dalam meneroka tempat baharu.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyelami pelancong dalam mengenali budaya asing dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagi sesetengah orang, melancong merupakan salah satu cara terapi minda khususnya selepas penat bekerja termasuk mencipta momen-momen bahagia bersama pasangan, ahli keluarga mahupun sahabat di

Namun, dalam semua negara yang pernah dilawati, pastinya terselit salah satu negara yang membuatkan seseorang itu untuk kembali semula ke sana pada masa akan datang.

Dah Lawat Banyak Negara, Tapi Nak Datang Malaysia Juga

Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh lelaki bernama Matt ini mengenai negara Malaysia.

Dalam satu podcast bersama Adam Fayed, dia diajukan soalan mengenai negara manakah yang bakal dia pilih untuk datang semula daripada semua negara yang pernah dia melancong.

“Saya bertanya kepada Matt negara manakah yang akan dia pilih untuk kembali melancong selama hujung minggu daripada semua negara yang pernah dia diami… dan dia memilih Malaysia!

“Saya hairan mengapa ramai pelancong luar memilih Malaysia sebagai rumah kedua mereka?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Namun, jawapan yang diberikan Matt nyata mengejutkannya.

“Saya datang Malaysia setiap enam ke tujuh bulan. Saya suka Malaysia. Saya ada banyak kawan di sana.

“Saya anggap Kuala Lumpur sebagai rumah kedua selepas rumah,” kongsinya.

Bercerita mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan di negara itu, Matt berkata benda yang disukainya di Malaysia adalah tentang kepelbagaian makanannya.

“Saya suka makan. Awak tahu, saya suka luangkan masa untuk makan pada hujung minggu di sana. Makanan popular seperti nasi lemak, roti canai char kuey teow dan banyak lagi,” katanya.

Bagi Matt, meluangkan waktu di Malaysia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan berpuas hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapatnya mengenai daya tarikan yang terdapat di Malaysia.

“Budaya makanan di Malaysia memang tak boleh lawan,” komen seorang pengguna.

“Terima kasih tuan, datang semula ya ke Malaysia,” puji seorang lagi.

“Kami bangga menjadi rakyat Malaysia,” tulis seorang lagi.

Sumber: TikTok @Adam Fayed