Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Atlet Memanah Berkuda Raih Tempat Ke-3 Keseluruhan Di Mongolia
Malaysia mencatat sejarah baru apabila atlet muda berusia 13 tahun, Abu Bakr Muhamad Akmal, meraih tempat ke-3 keseluruhan di Kejohanan Memanah Berkuda Dunia WHAF ke-17 di Ulaanbaatar, Mongolia.
Lebih membanggakan, Abu Bakr bersaing dalam kategori terbuka menentang pemanah dewasa dari seluruh dunia namun tetap berjaya menonjol.
Daripada 73 pemanah dari 15 negara, atlet itu berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Menurut Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF), Abu Bakr juga membawa pulang dua pingat gangsa menerusi Qabaq Discipline dan Mongolian Ball Hunting.
Selain Abu Bakr, atlet lain turut menunjukkan prestasi yang baik termasuk Muhammad Afiq Samsudin (tempat ke-23 keseluruhan), Abdurrahman Abu Hanifah (ke-9 keseluruhan) dan Muhammad Muhammad Akmal (ke-10 keseluruhan).
https://www.facebook.com/reel/1883372068875298