Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Kebangsaan Esok

metmalaysia ramalan cuaca
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Kebangsaan Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca khas sempena Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung esok (31 Ogos).

Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook, jabatan itu berkata pada waktu pagi, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Perlis dan Kedah.

Manakala, hujan juga akan melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan dan Sabah (Bahagian Tawau, Sandakan dan Pedalaman).

Di sebelah petang pula, ribut petir dan hujan di kebanyakan tempat juga berlaku di Perlis dan Kedah.

Selain itu, ia turut melibatkan beberapa tempat di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Beralih ke waktu malam, ribut petir dan hujan diramal juga berlaku di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Labuan, Sabah (Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang).

Sementara itu, Putrajaya dijangka tidak mengalami hujan atau ribut sepanjang hari esok. Justeru orang ramai boleh berkunjung ke sambutan Hari Kebangsaan dengan tenang.

Sumber: Malaysian Meteorological Department