Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di dua buah negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka akan berlaku di Johor melibatkan kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah pula, amaran hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Lahad Datu).

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.