Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Korang Kena Tahu, Ini ‘Kebenaran’ Di Sebalik Cas Telefon Sampai 100%

Hannah
Cas Telefon 100%
Gambar: AI/ImageFX

Korang Kena Tahu, Ini ‘Kebenaran’ Di Sebalik Cas Telefon Sampai 100%

Telefon pintar hari ini dah jadi sebahagian penting dalam hidup kita. Ia bukan sekadar untuk berhubung, tapi juga untuk kerja, hiburan dan urusan harian.

Disebabkan itu, topik tentang kesihatan bateri sering jadi bualan. Antara nasihat popular yang selalu kita dengar ialah, “Jangan cas telefon sampai 100% sebab boleh rosakkan bateri”.

Tapi, betul ke? Atau sekadar mitos semata-mata?

Betul ke tak boleh cas sampai 100%?

Sebenarnya, telefon pintar moden selamat untuk dicas sampai penuh (100%). Ini kerana kebanyakan telefon sekarang menggunakan bateri lithium-ion atau lithium-polymer yang dilengkapi sistem pengurusan cas canggih.

Teknologi ini memastikan bateri tidak akan terlebih cas walaupun dibiarkan lama terpasang pada pengecas.

Malah, pengeluar telefon juga dah sediakan sistem kawalan voltan dan kadar cas automatik. Jadi, bila bateri hampir penuh, kadar pengecasan akan jadi perlahan untuk elak bateri panas atau rosak.

Memang benar, ada kajian menunjukkan bateri boleh tahan lebih lama jika kita kekalkan tahap cas sekitar 20% hingga 80%. Tapi jangan risau, sesekali cas penuh 100% langsung tak memudaratkan.

Kenapa selamat cas sampai 100%?

Menurut Honor, ada beberapa sebab kenapa cas penuh kini tak lagi jadi isu besar:

1. Kimia Bateri Yang Lebih Canggih

  • Bateri moden direka lebih tahan lasak. Teknologi lithium-ion atau polymer masa kini boleh menampung cas penuh tanpa mudah merosot berbanding bateri lama.

2. Algoritma Cas Pintar

  • Telefon pintar ada sistem khas yang kawal cara bateri dicas. Algoritma ini bertindak sebagai ‘pengawal keselamatan’ supaya cas penuh tak jejaskan prestasi jangka panjang bateri.

3. Kawalan Kadar Cas

  • Kalau perasan, bila bateri bawah 50%, pengecasan sangat pantas. Tapi bila makin hampir penuh, ia jadi perlahan. Ini adalah kawalan automatik untuk elak overheat atau terlebih cas.

4. Sistem Pengurusan Voltan

  • Setiap bateri ada had voltan selamat. Telefon moden pastikan walaupun dicas penuh, voltan tak akan melebihi tahap maksimum yang dibenarkan.

5. Mod Cas Optimum

  • Sesetengah jenama telefon sediakan pilihan seperti “Optimized Charging”. Contohnya, telefon hanya akan cas sampai 80% waktu malam, dan penuh 100% bila hampir waktu anda bangun.

  • Fungsi ini direka khas untuk panjangkan jangka hayat bateri.

BACA: Benda ‘Wajib’ Korang Perlu Buat Kalau Nak Bateri Telefon Tahan Lama

BACA: Cara Semak Nombor Telefon & Akaun Bank “Scammer” Dengan Mudah

BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama

Sumber: Honor