Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mahkamah Perintah KDA FC Bayar Lebih RM300 Ribu Kepada Sony Norde

Hannah
sony norde
Sumber: Astro Awani

Mahkamah Perintah KDA FC Bayar Lebih RM300 Ribu Kepada Sony Norde

Mahkamah Sesyen Alor Setar memutuskan bahawa Darulaman Football Club Sdn. Bhd. perlu melunaskan bayaran berjumlah RM353,426.50 kepada bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde.

Arahan itu dibuat dipercayai susulan tunggakan gaji yang gagal dijelaskan oleh kelab berkenaan kepada pemain tersebut, lapor Astro Awani.

Difahamkan, bayaran tersebut merangkumi tunggakan gaji selama tujuh bulan yang tidak diterima pemain berasal dari Haiti itu, serta yuran pendaftaran yang juga tidak dibayar ketika Sony menyertai pasukan.

Peguam, Elfie Nieshaen memaklumkan bahawa pihaknya akan meneruskan dengan pelaksanaan kehakiman sekiranya bayaran tidak dibuat selepas tempoh 14 hari.

Menurut Astro Awani, mahkamah turut membenarkan tuntutan Sony untuk memperoleh faedah berjumlah 10 peratus daripada jumlah tunggakan itu serta 5 peratus lagi yang dijanjikan pihak KDA FC terhadapnya.

Lapor Astro Awani lagi, keputusan itu hanya terhadap KDA FC selaku badan yang menguruskan kelab bola sepak itu. Manakala, keputusan terhadap pemilik KDA FC selaku defendan kedua akan didengar pada 6 Oktober depan.

Untuk info, bekas pemain Terengganu FC berusia 35 tahun itu menyertai KDA FC pada 2024 bagi memperkuat jentera serangan pasukan Kenari itu dalam aksi Liga Super musim tersebut.

Bagaimanapun, perjalanan bekas pemain kebangsaan Haiti itu di Kedah tidak menggembirakan apabila pasukan mengalami kemelut kewangan meruncing sehingga terhumban ke Liga A1 Semi-Pro pada musim ini.

BACA: Mohd Joehari Sah Letak Jawatan Presiden FAM, Mohd Yusoff Dinamakan Pemangku Presiden

Sumber: Astro Awani