Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Besar Dah Dia, “Mowgli Malaysia” Kembali Jadi Sorotan

Hannah
mowgli malaysia
Gambar: Syukor Khamis - Kampong Boy/FB

Besar Dah Dia, “Mowgli Malaysia” Kembali Jadi Sorotan

Pernah tular suatu ketika dahulu, gambar ikonik seorang kanak-kanak bersama kerbau ternakannya berjaya mencipta fenomena di media sosial.

Gambar ini, yang dipotretkan oleh jurugambar Malaysia, Abdullah Dean atau lebih dikenali sebagai Dallah Dean, menampilkan sosok yang kemudian dikenali sebagai “Mowgli Malaysia”.

Gambar ini bukan sahaja mengundang perhatian di dalam negara, tetapi turut diiktiraf di pentas antarabangsa.

Ia menjadi terkenal selepas terpilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum di Itali, dalam himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.

Selain itu, ia memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Tidak berhenti di situ, gambar tersebut turut dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).

perkembangan mowgli malaysia
Gambar: Syukor Khamis – Kampong Boy/FB

Difahamkan, sosok kanak-kanak berusia 14 tahun dalam gambar tersebut ialah Mohd Syukor Khamis, yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau kesayangannya.

Baru-baru ini, Syukor kembali menjadi sorotan apabila GIATMARA Malaysia menerusi laman Facebook berkongsi perkembangan terkini “Mowgli Malaysia” itu sebagai salah seorang pelajar di institut tersebut.

Kini alumni GIATMARA

Syukor atau mesra digelar “Kampong Boy”, baru sahaja menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama enam bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.

mowgli malaysia
Gambar: Syukor Khamis – Kampong Boy/FB

“Hari ini, Syukor telah menambah satu lagi nilai dalam hidup beliau. Beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 Bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.

“Terima kasih Syukor yang sentiasa menjadi duta kemahiran kepada anak muda,” kongsi GIATMARA Malaysia.

Urus bengkel motosikal milik keluarga

Tidak berhenti di situ, beliau kini menguruskan bengkel motosikal milik keluarganya, yang menjadi pilihan anak-anak muda di sekitar kampung.

“Setiap kali ada pelanggan datang ke bengkel, sambil membaiki motosikal saya akan cerita dan promosikan kepentingan kemahiran kepada semua,” ujar Syukor.

Dari seorang kanak-kanak kampung yang dikenali kerana kasih sayangnya terhadap kerbau, diharapkan kisah Syukor menjadi inspirasi anak muda.

BACA: Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Waris Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

Sumber: GIATMARA Malaysia