Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti LNG Di Bintulu – MKN

Athirah
Fasiliti LNG
Kredit: Bernama/Petronas

Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti LNG Di Bintulu – MKN

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) atau gas asli cecair di Bintulu, Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan agensi berkaitan melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman itu.

“Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MKN memaklumkan agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan tersebut.

BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak
BACA: Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air? Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat
BACA: Atuk Ada “Pembantu”, Kucing Ikut Arahan Tolong Pasang Tali Buai

Sumber: Bernama