Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mudah Je, Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak
Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi, ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian.
Dengan adanya mesin basuh, tugas-tugas mencuci seperti pakaian yang dipakai setiap hari, cadar katil dan banyak lagi menjadi bertambah mudah.
Seiring dengan perubahan masa, teknologi mesin basuh juga memperlihatkan perkembangan luar biasa.
Namun begitu, masalah boleh berlaku pada bila-bila masa, antaranya mesin basuh tiba-tiba berhenti berfungsi ketika masih dipenuhi air.
Kebiasaannya, apabila mesin basuh berhenti berfungsi secara tiba-tiba, air akan terperangkap di dalam tab menyebabkan ramai pengguna panik dan memilih cara manual seperti mencedok air menggunakan gayung atau lain-lain.
Jadi kali ini, SK ingin berkongsi dengan pembaca terdapat cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengeluarkan air daripada mesin basuh yang rosak.
Untuk makluman pembaca, penjelasan ini diambil daripada perkongsian di TikTok @hairulvcool.
Menurut perkongsian berkenaan, air boleh dikeluarkan secara manual dengan lebih selamat melalui saluran khas di bahagian belakang mesin basuh.
Di bahagian bawah mesin basuh terdapat satu komponen yang dipanggil motor saliran (drain motor) untuk mengepam air keluar dari tab mesin basuh selepas proses pencucian selesai.
Selain saluran khas di bahagian belakang, terdapat juga satu lagi komponen yang dipanggil “stopper valve”. Bahagian ini berfungsi sebagai penutup laluan air dan boleh dibuka untuk mengeluarkan air yang masih bertakung dalam mesin basuh.
Terdapat satu kabel nipis yang menghubungkan motor saliran dengan “stopper valve”. Menurut @hairulvcool, anda perlu menolak komponen “stopper valve” ke arah motor saliran untuk membuka laluan air.
Dengan cara ini, air dalam mesin basuh dapat keluar melalui saluran khas dengan lebih lancar.
“Kalau anda ingin membaiki mesin basuh, anda tidak perlu lagi membuang air menggunakan gayung,” katanya.
Anda juga boleh menonton video daripada @hairulvcool di bawah untuk memahami lebih lanjut cara yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat.
Sumber: @hairulvcool via TikTok