Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri & 1 Wilayah Sehingga Awal Pagi Ini

Athirah
Kredit: Bernama

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri & 1 Wilayah Sehingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan buah negeri dan 1 Wilayah sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Kedah seperti Langkawi dan Kubang Pasu.

Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Manakala, cuaca buruk di Terengganu pula melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.

Di Pahang, hujan lebat bakal melanda beberapa kawasan merangkumi daerah Kuantan dan Pekan.

Hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Johor yang melibatkan daerah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belut), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Kapal Bawa Sukarelawan FFC x TTMG Dijangka Tiba Di Pelabuhan Ashdod Dalam Tempoh 11 Jam

Sumber: Malaysian Meteorological Department