Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Awas, 7 Barang Rumah Ini Mungkin Boleh Jadi Punca Kanser
Kita sering beranggapan bahawa rumah ialah tempat paling selamat untuk berlindung, berehat dan melindungi diri daripada bahaya luar.
Namun, tanpa kita sedari ada bahaya senyap yang bersembunyi di sebalik keselesaan kediaman sendiri. Banyak barangan harian yang digunakan dalam rutin seharian sebenarnya mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh meningkatkan risiko penyakit serius termasuk kanser.
Lebih membimbangkan barangan ini bukanlah sesuatu yang asing. Ia boleh jadi cat dinding, produk pembersih, perabot atau malah penyegar udara yang kita sangka menyegarkan ruang rumah.
Ancaman ini sering kali tidak disedari kerana kesannya bukan datang dengan serta-merta. Pendedahan berulang dalam jangka masa yang panjang walaupun dalam jumlah kecil sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan yang serius.
Ramai yang tidak menyedari bahawa bahan kimia seperti formaldehid, benzena atau sebatian organik meruap (VOC) boleh tersebar ke udara dalam rumah dan menyerap masuk ke dalam tubuh melalui pernafasan.
Apabila keadaan ini berlaku secara berterusan, ia boleh mencetuskan perubahan pada sel-sel tubuh dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kronik.
Justeru, amat penting untuk kita lebih peka terhadap apa yang ada di sekeliling. Mengenali mana satu barang rumah yang berisiko menjadi punca kanser dan memahami kesannya terhadap kesihatan adalah langkah pertama untuk melindungi diri dan keluarga.
Dengan kesedaran yang betul, kita boleh mengambil tindakan yang bijak sama ada dengan menukar kepada alternatif yang lebih selamat atau mengurangkan pendedahan harian.
Ingat, pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat. Rumah yang selamat bukan hanya bersih dan kemas tetapi juga bebas daripada ancaman tersembunyi.
Pewangi rumah dan lilin beraroma sering dianggap mencipta suasana rumah yang segar dan menyenangkan. Namun kebanyakan produk ini mengandungi bahan kimia seperti formaldehyde dan benzene yang boleh meresap ke udara.
Apabila dihidu setiap hari dalam ruang yang tertutup, bahan ini boleh masuk ke dalam paru-paru dan memberikan kesan kumulatif kepada sistem pernafasan.
Dalam jangka masa yang panjang, ia dikaitkan dengan punca dan peningkatan risiko pelbagai jenis kanser.
Jika anda gemar menggunakan pewangi rumah, langkah pencegahan yang mudah ialah memilih bahan semula jadi seperti minyak pati dan memastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik.
Elakkan penggunaan yang berlebihan dan jangan biarkan penyegar udara beroperasi dalam ruang tertutup terlalu lama. Bau wangi bukan jaminan udara bersih.
Sebaliknya udara yang bersih datang daripada peredaran semula jadi dan kualiti udara yang bebas bahan kimia.
2. Produk pembersihan
Bahan pencuci seperti peluntur, pembersih tandas dan pencuci lantai sering mengandungi ammonia, klorin dan sebatian organik meruap (VOC) yang boleh memberi kesan buruk kepada paru-paru serta sistem pernafasan.
Ramai yang tidak sedar bahawa tindakan mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci lain boleh menghasilkan gas toksik yang berbahaya jika dihidu berulang kali.
Walaupun digunakan untuk kebersihan, ia boleh menjadi punca pencemaran udara dalam rumah tanpa disedari.
Untuk langkah yang lebih selamat, gunakan bahan pencuci secara berhemah. Pakai sarung tangan, buka tingkap untuk pengudaraan dan elakkan campuran kimia yang tidak sesuai.
Alternatif yang lebih selamat ialah pencuci yang mesra alam atau bahan semula jadi seperti soda penaik dan cuka. Rumah yang bersih tidak semestinya perlu banyak bahan kimia.
Kebersihan yang sebenar datang daripada penggunaan produk yang lebih selamat dan cara penggunaan yang betul.
Selain itu, perabot moden dan karpet sintetik juga sering melepaskan bahan kimia seperti formaldehyde ke udara melalui proses yang dipanggil off-gassing.
Walaupun tidak dapat dilihat atau dihidu dengan jelas, gas ini akan terkumpul dalam ruang rumah dan masuk ke dalam sistem pernafasan setiap hari.
Dalam jangka masa yang panjang, pendedahan kepada bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan saluran pernafasan dan dikaitkan dengan risiko dan punca kanser tekak serta paru-paru.
Bagi mengurangkan risiko, pilih perabot yang menggunakan bahan semula jadi atau dilabel bebas VOC. Pastikan rumah mempunyai aliran udara yang baik terutamanya selepas membeli perabot baru.
Keadaan ini betujuan untuk membolehkan gas berbahaya keluar dengan lebih cepat. Penapis udara juga boleh membantu mengekalkan kualiti udara yang lebih bersih dan selamat untuk seluruh keluarga.
4. Plastik yang mengandungi BPA dan phthalates
Bekas plastik, botol air dan pembungkus makanan sering mengandungi bahan kimia seperti Bisphenol A (BPA) dan phthalates.
Bahan ini boleh meresap ke dalam makanan atau minuman terutama apabila dipanaskan lalu masuk ke dalam tubuh.
Dalam jangka masa yang panjang, pendedahan berulang boleh mengganggu sistem hormon dan menjadi punca risiko kanser payudara, prostat serta masalah kesuburan.
Langkah mudah untuk mencegahnya ialah beralih kepada bekas kaca, keluli tahan karat atau seramik. Elakkan menggunakan plastik yang sudah calar atau lusuh dan jangan panaskan makanan dalam bekas plastik.
Jika membeli produk plastik, pilih yang berlabel BPA Free sebagai langkah pencegahan awal terhadap pendedahan bahan berbahaya.
Cat dinding serta gam mengandungi sebatian organik meruap (VOC) yang boleh meresap ke udara rumah dalam jangka panjang walaupun selepas bau hilang.
Bahan ini boleh menyebabkan sakit kepala, iritasi mata dan tekak serta meningkatkan risiko kanser paru-paru apabila terdedah secara berterusan dalam ruang tertutup. Masalah ini sering berlaku secara senyap tanpa disedari.
Jika anda bercadang untuk mengecat atau menggunakan pelekat, pilihlah cat yang bebas VOC dan lakukan kerja tersebut di ruang terbuka atau berventilasi baik.
Simpan semua bahan kimia di tempat tertutup dan jauh daripada kawasan keluarga. Dengan langkah mudah ini, anda dapat mengurangkan risiko pendedahan bahan kimia berbahaya dalam rumah sendiri.
6. Racun serangga dan penyembur nyamuk
Antara lain, racun serangga juga mengandungi bahan aktif seperti organofosfat yang boleh menjejaskan sistem saraf apabila terhidu berulang kali.
Walaupun memberi kesan pantas terhadap serangga, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia terutama kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Dalam jangka masa yang panjang, pendedahan ini boleh dikaitkan dengan risiko kanser dan punca gangguan kesihatan kronik.
Sebagai alternatif, elakkan penyemburan di dalam ruang tertutup dan gunakan kaedah kawalan serangga yang lebih semula jadi seperti serai, perangkap serangga atau jaring nyamuk.
Jika terpaksa menggunakan racun serangga, lakukan di kawasan terbuka dan pastikan pengudaraan yang mencukupi sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Seperti yang kita semua tahu, asap rokok mengandungi lebih 70 bahan karsinogen seperti benzene dan arsenik.
Bukan sahaja membahayakan perokok malah asap rokok pasif memberi kesan lebih teruk kepada ahli keluarga lain terutama kanak-kanak.
Ia boleh meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, tekak dan pundi kencing serta menjejaskan sistem pernafasan secara keseluruhan.
Langkah terbaik ialah melarang merokok di dalam rumah sepenuhnya. Jika ada tetamu yang merokok, pastikan ia dilakukan di luar rumah dengan aliran udara terbuka.
Selain itu, gunakan penapis udara bagi mengurangkan kesan sisa asap rokok yang boleh melekat pada perabot dan kekal dalam ruang rumah untuk tempoh yang lama.
Oleh itu, rumah yang bersih bukan sekadar tersusun dan berbau wangi. Ia juga perlu bebas daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Banyak barangan harian sebenarnya boleh menjadi sumber risiko kanser jika digunakan secara tidak terkawal atau tanpa langkah pencegahan yang betul.
Kesedaran tentang risiko ini membolehkan kita membuat pilihan lebih bijak demi melindungi keluarga. Mulakan dengan perubahan kecil.
Pilih produk yang mesra alam, pastikan pengudaraan yang baik dan kurangkan penggunaan bahan kimia tiruan. Langkah mudah ini mungkin nampak kecil tetapi kesannya besar terhadap kesihatan jangka panjang.
BACA : Jangan Abaikan: 6 Bahagian Kereta Yang Wajib Cek Setiap Bulan
Sumber : samitivejhospital, hatfordhospital