Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selalu Pening Main Telefon Dalam Kereta, Cuba Setting iPhone Ni
Boleh dikatakan bahawa setiap orang wajib memiliki telefon pintar sendiri dan digunakan setiap masa. Bahkan, ada yang membawa peranti itu ketika masuk ke dalam tandas.
Begitu juga apabila berada di dalam kereta di bahagian penumpang, kita kebiasaannya akan menggunakan telefon tersebut untuk menghilangkan bosan atau melakukan kerja.
Namun, tidak semua orang akan melihat skrin telefon dalam tempoh yang lama ketika dalam kereta kerana mengalami masalah pening. Bahkan, mungkin ada yang rasa seperti ingin termuntah atau mabuk.
Penyelesaiannya, mereka akan tidur bagi menghilangkan rasa pening.
Pun begitu, sebenarnya ada penyelesaian lain yang boleh dilakukan apabila ingin menggunakan telefon di dalam kereta, terutamanya bagi pengguna iPhone.
Hanya beberapa klik sahaja di dalam bahagian tetapan, anda boleh melayari skrin telefon tanpa rasa terganggu.
Mudah sahaja, berikut cara untuk mengaktifkannya:
Pertama, anda perlu pergi ke bahagian tetapan dan tekan Accessibility. Selepas itu klik pada bahagian Motion dan aktifkan Vehicle Motion Cues.
Setelah ia diaktifkan, titik-titik halus akan muncul di tepi skrin telefon dan ia bergerak seiring dengan pergerakan kereta. Jadi, ia boleh mengurangkan rasa pening dan loya ketika di dalam kereta.
Tetapan ini sudah ada sejak sekian lama, namun mungkin masih ada pengguna iPhone yang belum tahu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sumber: Apple