Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Terhibur, Ibu Terbawa Kunci Pagar, Wanita Ni Pamer “Skill” Keluarkan Kereta
Bagi sesetengah pemandu, meletakkan kenderaan bukanlah semudah yang disangka.
Kadangkala, mencari posisi parkir yang tepat boleh menjadi sukar. Lebih-lebih lagi jika ruang yang tersedia agak sempit dan dikelilingi banyak kenderaan lain.
Ada yang terpaksa mengundur dan membetulkan posisi berulang kali, malah ada juga yang ‘berpeluh’ semasa cuba ‘masuk parking’ di kawasan sesak seperti pusat beli-belah atau kawasan perumahan padat.
Namun, lain pula cerita seorang wanita ini yang berkongsi videonya di TikTok @khadijah, mencuri perhatian ramai apabila terpaksa menggunakan pengalaman 9 tahun memandunya untuk keluar dari parking rumah.
Dalam klip berdurasi 26 saat itu, kereta itu diparkir secara berhadapan pintu pagar.
Bagaimanapun, sewaktu hendak keluar, dia mendapati kunci untuk membuka pintu pagar rumah dibawa keluar bersama ibunya.
Pada awalnya, dia ingin menaiki skuter namun mendapati tayarnya berada dalam keadaan pancit.
Susulan itu, dia terpaksa mencari jalan lain untuk membawa keluar kereta yang diletakkan di dalam garaj rumah.
Nak tak nak, dia perlu membawa keluar kereta berkenaan sedikit dengan cara mengundur dan ke depan beberapa kali memandangkan ruang untuk membawa kereta berkenaan keluar.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita itu membawa keluar kereta dari garaj rumah.
Berikut antara komen pengguna;
“Wei mula-mula ingat dia buat camtu sebab pintu tu macam pintu auto dekat mall tu… Sekali baca caption rupanya kunci mak bawa,” komen seorang pengguna.
“Aku ingat dia saja je ke depan ke belakang untuk mengisi masa lapang sebab takde kunci,” komen pengguna lain.
“Kereta baru keluar pagar mak balik,” seloroh pengguna lain.
“Ingatkan ni cara memberontak kat mak tapi yang komen agah pagar tu comel,” komen seorang lagi.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.3 juta tontonan dengan lebih 76,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen menghiburkan.
Sumber: TikTok @khadijah