Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sidang Kemuncak ASEAN: Logistik & Kemudahan Hotel Di Putrajaya Tak Cukup – Anwar

Sofea
sidang kemuncak asean
Kredit: Parlimen Malaysia

Sidang Kemuncak ASEAN: Logistik & Kemudahan Hotel Di Putrajaya Tak Cukup – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 diadakan di Kuala Lumpur kerana logistik dan kemudahan hotel di Putrajaya tidak mencukupi.

“Ada persoalan tentang mengapa tidak di Putrajaya, ini kerana logistik dan kemudahan hotel di Putrajaya tidak cukup untuk keperluan kerana beberapa negara seperti China dan Amerika Syarikat, kalau mereka datang, mereka ambil satu hotel, bukan ambil tiga lantai (tiga tingkat hotel).

“Jadi untuk dua itu saja sudah jadi dua hotel. Jadi kita tidak cukup, sebab itu kita selenggara di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan pengalaman Malaysia yang pernah menganjurkan ASEAN GCC yang turut diadakan di Kuala Lumpur, negara berupaya melakukan yang sebaiknya untuk Sidang Kemuncak ASEAN.

BACA JUGA: Sidang Kemuncak ASEAN Bincang Isu Tarif AS Di Peringkat Bilateral – Amir Hamzah

Anwar memaklumkan mengenai perkara itu ketika persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Sumber: Parlimen Malaysia