Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PMX Mohon Maaf Tak Dapat Sertai Sidang Khas RCI Tabung Haji

MAAF
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sidang khas bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar turut mendoakan agar persidangan berkenaan berjalan lancar.

Menurutnya, Perdana Menteri akan mengikuti perkembangan perbahasan secara dekat bagi memastikan amanah institusi umat Islam itu terus dipelihara.

“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

Susulan itu, beliau dijangka terus berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Intipati
  • Anwar memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sidang khas berkaitan laporan RCI Tabung Haji.
  • Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri akan mengikuti perkembangan perbahasan itu secara dekat.
  • Kesihatan Anwar dilaporkan semakin baik dan beliau akan terus menjalani fisioterapi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan