Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Babi Catat Rekod Dunia Papan Selaju

Iqbal Yasir
Guinness World Records
Gambar: Guinness World Records

Babi Catat Rekod Dunia Papan Selaju

ILLINOIS — Seekor babi dari Amerika Syarikat mencuri perhatian dunia selepas menempa nama dalam Guinness World Records apabila meluncur papan selaju sejauh 10 meter dalam masa hanya 11.32 saat.

Menurut Guinness World Records, babi jantan berusia lima tahun yang dikenali Norbert itu, kini pemegang rekod dunia untuk masa terpantas bermain papan selaju oleh seekor babi.

Gambar: Guinness World Records

Pemiliknya, Vincent Baran mula menyedari bakat luar biasa Norbert apabila haiwan itu menemui semula papan selaju lamanya sebelum mula melatihnya beberapa tahun lalu.

“Dia nampak seperti sangat berbakat di atas papan itu. Saya masih ada papan dari zaman kanak-kanak, jadi saya fikir untuk mencubanya.

“Saya keluar ke halaman, letakkan papan di tanah dan keluarkan sedikit kacang tanpa garam sebagai ganjaran.

“Dalam masa kira-kira 15 minit, dia sudah berdiri di atas papan. Selepas beberapa sesi lagi, dia mula menolak dirinya sendiri di jalanan,” kongsi Vincent.

Babi rekod dunia papan selaju
Gambar: Guinness World Records

Kejayaan ini turut membuatkan Norbert digelar “Tony Pork” bersempena nama peluncur profesional terkenal, Tony Hawk.

Dalam pada itu, Vincent turut mendedahkan bahawa Norbert mempunyai bakat lain seperti berdiri dengan dua kaki belakang.

Dia kini bercadang untuk melatihnya menari atau melukis bagi mencipta satu lagi rekod dunia baharu.

“Ini satu penghormatan besar buat kami. Dia benar-benar luar biasa,” kata Vincent lagi.

Sumber: Guinness World Record

BACA: MOTO3: Hakim Danish Layak Automatik Ke Q2 Selepas Catat Masa Ke-11 Terpantas

BACA: Pesawat Kertas Yang Direka Pemuda Malaysia Ini Berjaya Pecah Rekod Dunia