Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Bernama
Tiada Kategori
Malaysia Dijangka Terima Kapal Pengawal Pantai Kedua, USD7 Juta Di Bawah Dana Ketenteraan Asing Dari AS

Athirah

Malaysia Dijangka Terima Kapal Pengawal Pantai Kedua, USD7 Juta Di Bawah Dana Ketenteraan Asing Dari AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) telah memilih Malaysia untuk menerima sebuah lagi kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) yang telah dilucut tauliah serta peruntukan sebanyak USD7 juta di bawah program Dana Ketenteraan Asing (FMF) bagi meningkatkan keupayaan kesedaran domain maritim negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Rendah Negara bagi Hal Ehwal Politik Jabatan Negara AS Allison Hooker berkata penyerahan kapal itu bergantung kepada kelulusan Kongres.

Beliau berkata pengumuman itu mencerminkan komitmen Washington untuk memperkukuh kerjasama maritim dengan Malaysia melalui usaha peningkatan keupayaan dan penguatkuasaan.

“Saya berterima kasih dengan Malaysia atas komitmennya memperkukuh perkongsian kita ketika kita memperluas kerjasama melalui peningkatan kapasiti dan aktiviti penguatkuasaan. Bersama-sama, kita berkongsi matlamat bahawa perairan Malaysia tidak akan digunakan sebagai hab bagi aktiviti haram.

“Penambahan aset dan dua kapal itu akan memperkukuh keupayaan Malaysia untuk melindungi perairannya,” katanya.

Pengumuman itu dibuat semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama dalam Isu Maritim sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Terdahulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) secara rasmi telah menerima kapal bekas milik Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) “Steadfast” di Wheaton O’Thorp Centre (WOTC) di Amerika Syarikat pada 6 Sept lepas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata Malaysia komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dalam domain maritimnya.

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam konteks kerjasama maritim dengan AS. Bagi pihak Malaysia, kita akan sentiasa berusaha memastikan undang-undang dikuatkuasakan dalam perairan kita,” katanya.

Dalam satu kenyataan, MKN memaklumkan bahawa MoU berkenaan mewujudkan rangka kerja untuk memperkukuh kerjasama dalam isu maritim, dengan tumpuan kepada peningkatan keupayaan Malaysia mencegah pelanggaran undang-undang negara di kawasan maritimnya.

“Ini dapat dilaksanakan melalui perkongsian maklumat, kepakaran teknikal dan amalan terbaik, serta menyokong usaha peningkatan kapasiti, latihan dan keupayaan penguatkuasaan. Ia juga menjadi asas kepada pengukuhan kerjasama dalam isu maritim lain,” menurut kenyataan itu.

BACA: Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni

Sumber: Bernama