Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu – JPA

Sofea
Kredit: Bernama

Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu – JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa sebarang urusan rasmi termasuk aktiviti, program atau projek yang dianjur dan diuruskan oleh kerajaan Malaysia perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Menerusi Surat Edaran yang dikongsikan di Facebook, JPA berkata pihaknya juga telah menjelaskan mengenai keperluan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi perkhidmatan awam melalui surat JPA.(S).100-1/3/3 yang bertarikh 9 Ogos 2022.

BACA: “Tulislah Bahasa Melayu Dengan Ejaan Penuh,” – Profesor Emeritus Abdullah Hassan

“Bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dan digunakan secara menyeluruh dari segi aspek nama, tema, tajuk, latar belakang, isi kandungan dan apa-apa maklumat yang berkaitan urusan rasmi perkhidmatan awam.

“Bagi memastikan ketetapan ini tidak menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan memberi implikasi perundangan kepada kerajaan, pihak Tan Sri/ Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Tuan/Puan dimohon untuk meneliti, menyemak dan mengambil tindakan yang bersesuaian berhubung perkara ini,” katanya.

Jabatan itu juga berkata perhatian serius perlu diberikan berhubung perkara ini terutamanya bagi sebarang perkara yang melibatkan kepentingan awam dan negara.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam