Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam Meninggal Dunia

Dr. Ahmat Adam Meninggal Dunia
Kredit: Anwar Ibrahim

Tokoh Sarjana Sejarah Tempatan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam Meninggal Dunia

Tokoh sarjana sejarah tempatan, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam dilapor telah meninggal dunia petang tadi.

Berita dukacita ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Bagaimanapun, butiran mengenai punca kematian Allahyarham tidak didedahkan.

“Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah

“Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian Allahyarham,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kecekalan yang tinggi.

Semoga Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

BACA: Abai Zayn Rayyan: Ismanira Fail Notis Rayuan
BACA: Hilang Sejak 1 November, Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook