Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Negeri, Dua Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 11 pagi.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak dijangka hujan pagi ini. Manakala seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya turut diramal hujan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Selain itu, beberapa daerah di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan, daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka hujan pagi ini.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Tatau),” maklum MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia